Mesej Cetusan Puisi TRV-AGI
Selepas bangun tidur, sekitar jam 12 tengah hari, aku mencapai telefon bimbitku yang terletak di bahagian tepi katil. Aku cuba melihat mesej-mesej dari watsapku. Satu persatu aku lihat mesej dari pelbagai group dan mesej dan orang perseorangan.
Nampaknya Pak Agi mengirim mesej. Satu perkongsian berkaitan dengan penulisan sajak beliau. Aku kongsikan mesej yang Pak Agi kirimkan. Mungkin ada manfaat buat sahabat peminat puisi.
Mesej dari Pak Agi:
K R E D O
PUISI TRI-V AGI
terdapat dalam dua cetusan:
1.Sajak Audio Visual
12 September 1972
abdul ghafar ibrahim.2014.tan sri bulan.
kuala lumpur:itbm
2.Sajak Ingin Berberber dan
Beryangyang
4 Oktober 1979
abdul ghafar ibrahim.2009.yang yang.kuala lumpur: itbm
PETIKAN intisari KREDO:
" @ SAJAK padaku terdiri dari TRI-V: Verbal-Vokal-Visual. Verbal ialah isi sajak. Vokal bunyinya.Visual ialah teknik sajak.Verbal harus dimengertikan.
Daya kreatif penyajak menimbulkan daya rasa fikir yang kritis daripada pembaca untuk menuju pada erti sajak.
Kejayaan membaca menegakkan kesan vokal sajak.Pembacaan mestilah berjaya meninggalkan kesan-kesan yang nikmat.
Vokal itu harus didengar satu persatu penuh hati-hati.@Tempat penglahiran sajak tak terbatas.
Di atas kertas,melalui tv, radio, tayangan slide dan movie.Cara mana sajak itu disampaikan adalah tekniknya.
Di atas kertas dia tertera dengan bentuknya yang tersendiri.Radio dan tv mementingkan tekanan vokal yang menimbulkan susuk verbalnya.
Slide dan movie menggambarkan grafiknya.Cara ia dilahirkan itu dinamakan visual.
Jadi sebuah sajak itu mestilah dibaca-didengar-dilihat.Barulah kita akan dapat suatu pengertian yang nikmat."
(sajak audio visual 12 september 1972.)
-abdul ghafar ibrahim -
Dalam mesej tersebut memberi gambaran bentuk puisi TRI V Agi, berkaitan verbal,
Vokal dan visual.
Bagi aku Pak Agi tidak kedekut dengan ilmu yang beliau ada. Setiap perkongsian yang Pak Ago kongsikan aku sangat hargai. Di situ ada manfaat yang aku perolehi dalam penulisan puisi dan menambahkan serba sedikit ilmu perpuisianku.
Terima kasih Pak Agi!
Comments
Post a Comment