Kematian Sebagai Peringatan
Kematian itu tiba-tiba sahaja boleh menjengah tanpa
disedari.Tanpa diminta tanpa dijemput dan tidak tahu bila masa ia akan datang
menjemput.
Kematian itu pasti dan mesti, baik yang sihat ke atau
yang sakit ke pasti akan menuju kematian. Mahu atau tidak mahu, pasti MATI!
Ya…MATI!
“Setiap
yang bernyawa pasti akan merasakan kematian.”
Cuma tempohnya dan bila masanya. Sama-sama tidak tahu.
Hanya Allah SWT yang Maha Tahu segala-galanya.
Di mana pun kita berada dan tempatnya, bila ia datang
barang sesaat pun kita tidak dapat menghindari, jangan katakana ‘nanti dulu’,
‘cari orang lain dulu aku tak nak mati dulu’ boleh ke macam itu?
“Dan
datanglah sakaratulmaut dengan sebenar-benarnya. Itulah yang kamu selalu lari darinya.” (Qaf:19)
Allahuakbar…gerunnya…apakah persiapan ku?
Tiba-tiba petang yang damai ini, aku bermonolog kematian,
ya mati itu tidak mengenal berapa umur kau, sihat atau tidak…tiba-tiba…datang
secara tiba-tiba.
Bagaimanalah kematian ku nanti, aku pun tak tahu.
Apakah kesudahanku nanti seperti yang aku doakan setiap
kali selesai solat? Atau apakah sebaliknya?
Allahuakbar!
“Ya
Allah, tolong matikan kami ini di dalam keadaan Husnul Khatimah. Janganlah KAMU matikan kami di dalam Suul khatimah(kematian yang buruk).”
Aku mahu segalanya baik Ya Rabb!
Ya Rabb,
istiqamahkanlah aku dalam kebaikan dan ketaatanku pada-MU, jangalah Engkau
sesatkan aku bersama-sama orang yang sesat, jauhilah aku dari kejahatan dan
kemungkaran.
Aamiin Ya Rabb!
Moga monolog kecilku ini, bisa menjentikku agar terus
bangun dengan motivasi kematian ini. Kematian itu pasti dan mesti untuk ku dan
semua…
Comments
Post a Comment