Tiada Miliki Apa-Apa



Aku bercakap tentang diriku. Sebab aku akan mati. Apa yang aku miliki sementara, ia pinjaman, ia milik yang Maha Berkuasa.Tak ada satu pun yang aku punyai. Tangan dan jari jemari yang aku sedang gunakan ini milik-Nya.

Kalau Dia mahu tarik balik, hilangkan fungsinya, bila-bila masa, ya bila-bila masa. Mengapa mesti aku rasa sombong dengan apa yang bukan kepunyaan aku? Udara...nafas yang aku sedang guna ini.

Mengapa perlu aku ingkar, lupa, lali, lalai dan segala maksud yang sewaktu dengannya.  Mana milik aku? Mana? Tidak ada apa-apa milik aku, semuanya hakmilik Alllah SWT. Jadi bersyukurlah aku atas nikmat yang amat banyaknya yang dikurniakan dari-Nya.

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi

Syair Hari Raya