Tengok Dan Terapi Buku
Selesai hantar isteri ke Hotel Blue Wave di Bandara raya
Shah Alam, untuk mengikuti kursus dua hari berkaitan kecantikan, aku tidak
terus balik, singgah sekejap di Kompleks
PKNS, Shah Alam.
Konon nak tengok-tengok buku di kedai baru milik
BOOK2U@Karangkraf, tapi cari punya cari tak dijumpai, dua kali aku pusing.
Menurut kakak yang jaga kaunter masa kedai di Tesco Setia Alam beritahu kedai
baru berdekatan dengan KFC di Kompleks PKNS, tapi tiada pula.
Mungkin belum siap lagi…tak mengapalah, bisik hatiku. Apa
kata aku pergi ke Kompleks di sebelah PKNS, ke MPH, baru aku terfikir di situ
ada kedai buku. Aku terus keluar dari PKNS terus ke situ, hanya di seberang jalan
antara Kompleks PKNS.
Kedai MPH berada ditingkat satu, sebelum naik ketingkat
satu aku meninjau-ninjau mencari kedai buku tersebut, dari bawah sudah
kelihatan, aku tidak lagi sabra untuk naik ke atas.
Biasalah kalau sudah minat dengan buku-buku ni, rasa
tidak sbar untuk melihat-lihat, sentuh-sentuh, pegang-pegang…rasa ghairah
melihat buku-buku ni. Aku terus menaiki lif untuk ke tingkat satu.
Sampai dan terus masuk…ermmm seronoknya, aku terus meluru
dari satu rak ke satu rak untuk melihat-lihat buku.
Oh sebelum itu, bila sampai sahaja, aku terus tengok
papan info berkaitan buku-buku yang ‘best seller’ jualannya, yang ramai orang
membelinya. Info itu terletak disebelah kaunter bayaran. Aku lihat satu
persatu. Ada buku bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang ‘best seller’.
Dari satu rak ke satu rak mataku menerewang lihat buku,
sesekali aku ambil dan lihat satu buku dan menyelak-nyelak apa isi
kandungannya. Macam ini pun dah boleh di buat buku, fikir ku, macam ni aku pun
boleh buat.
Kumpul tulian-tulisanku yang lama, buat manuskrip,
buatkan buku,boleh pula aku terfikir macam tu. Tengok trend sekarang, banyak
penulis lahirkan buku dari hasil tulisan melalui blog, muka buku, instrgram,
bahkan tulisan dari whatsupp pun boleh dibukukukan…senang kan?
Satu masa, aku pun nak lahirkan sebuah buku untuk
permulaaan…InsyAllah, itu satu impian sebelum aku memajakan mata. Aamiin Ya
Rabb!.
Dari sebuah buku ke sebuah buku dari genre bukan fiksyen
ke fiksyen, buku indie, ala-ala indie dari pelbagai rumah penerbitan sudah ada
di Kedai MPH ini. Syok memang syok tengok buku-buku tersebut. Aku ambil dua
buah buku untuk ole-ole dari kedai ini.
Sebuah ada potongan 20% dan sebuah potongan 10% melalui
kad ahli, oklah tu. Niat hanya mahu tengok-tengok dan terapi…tapi biasalah
janji seorang peminat buku, ia tak pernah ditunaikan. Mesti sebuah buku pasti
terbeli itu kalau tak berniat mahu beli, kalau ada niat mungkin lebih dari itu.
Masa pun macam cemburu dengan aku, aku segera bergegas ke
kaunter pembayaran. Mahu segera pulang katanya. Anak-anak mesti tunggu aku,
sebelum balik aku singgah sekejap urut mesin, masuk dua ringgit, dapatlah
terapi urut empat minit, jadilah.
Semua perkara sekarang kena duit, mana ada
free. Apa pun syukur masih dapat menghirup kehidupan sementara ini.Semua pinjaman dari-NYA.
Selesai, aku terus balik.
Comments
Post a Comment