Kena Rajin



Apa saja kerja yang kita lakukan mesti kena rajin.

Bila rajin pasti hasilnya baik dan menarik.

Dan semestinya disukai, digemari dan boleh jadi boleh mendapat pujian dan penghargaan.

Walau pun apa yang dilakukan bukan berniat untuk mendapatkan sanjungan atau pujian.

Rajin adalah sifat yang baik dan terpuji bagi setiap manusia yang mahukan kualiti dalam hidupnya.

Apa sahaja yang mahu dilaksanakan pasti dengan kesungguhan dan rajin.

Seorang pelajar kena rajin belajar dan membaca untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Seorang pekerja kena rajin datang kerja dan tidak ponteng kecuali benar-benar tak sihat atau sakit kerana ada surat cuti dari doktor.

Itu pun jika mahu cermerlang dalam dunia pekerjaanya.

Malah seorang penulis perlu rajin menulis untuk menghasilkan artikel, berita ataupun  menulis buku.

Tanpa sifat kerajinan mana mungkin apa yang diimpikan akan terlaksana dan dikecapi.

Penulis kerjanya menulis, tanpa rasa jemu dan penat, biar sedikit tetapi berterusan.

Rajin, rajin dan rajin itulah salah satu tip kecemerlangan yang mesti kena ada pada diri kita.

Pertanyaan untuk diriku sendiri, rajinkah aku?

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi

Syair Hari Raya