Salam Kemerdekaan 60 Tahun



Kemerdekaan ada kaitan dengan 'korban'. Bukan sedikit yang terkorban dalam menuntut kemerdekaan tanah air.

Ramai yang terkorban dalam menuntut dan memperjuangkannya, terutamanya para pejuang dan para parajurit tanah air.

Mereka lebih rela terkorban demi melihat tanah air dari terus dijajah oleh penjajah yang tidak pernah kenal erti mengalah, begitu dengan para pejuang.

Pengorbanan mereka sangat mahal. Keluarga mereka kehilangan orang yang dikasihi sama ada terkorban semasa peperangan atau ada yang terpenjara kerana melawan penjajah.

Bermula dari Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun dan Komunis, pejuang-pejuang kemerdekaan berkesinambungan mempertahankan tanah air dari terus-menerus dijajah, demi kasih dan cintanya kepada tanah air.

Kini, kita sedang mengecapi dan menikmati hasil dari perjuangan dan pengorbanan mereka.

Usahlah kita menjadi warga yang melupai pahit jerih perjuangan mereka.

Kita terus pertahankan negara ini demi kemerdekaan yang sebenarnya.

Jangan sesekali kita lalai dan leka dengan kemakmuran dan keharmonian yang sedang kita kecapi.

Merdeka!!!

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi

Syair Hari Raya