Tazkirah Seminit
Sedang berkemas-kemas dan bersiap mahu pergi kerja petang tadi. Terdengar lantang suara orang memberi salam, dari kejauhan semakin lama semakin dekat.
Mungkin ada tetamu, aku segera menguak langsir dan cuba menjenguk ke luar. Ada orang datang bisiku...seorang dari mereka memberi salam bila melihat aku.
Aku menjawab salam dan terus meluru ke pagar ingin segera membuka, Jemaah tabligh(karkun) rupanya, kami bersalaman.
"Sahabat kita ni, mahu memberi sedikit perkongsian...boleh rasanya."
"Boleh..."Jawabku senyum.
Seorang jemaah dari Pakistan rasanya tengok dari pakaian dan lenggok percakapannya. Aku menjadi pendengar yang setia.
Alhamdulillah, walaupun hanya satu minit lebih, mendengar tazkirah ringkas dan mengajak ke surau untuk pengisian majlis seterusnya.
Butiran yang aku ingat pesanan dari jemaah tabligh tersebut.
1)Allah kurniakan banyak nikmat, harus kita syukuri.
2)Nikmat iman, islam dan mengamalkan sunnah nabi saw.
3) Mengimarahkan rumah Allah SWT, mengajak sama-sama ke majlis ilmu.
Seorang dari mereka adalah jiran satu taman sebelah, sebelum berpisah kami bersalaman, jiran tersebut Sharul, kalau tak silap ku.
Dia memberitahu akan menunaikan haji, esok akan berangkat. Aku mengucapkan tahniah.
Syukur, masih ada lagi insan-insan yang masih mengingatkan ku tentang masa depan di akhirat.
Moga sedikit peringatan yang diberikan oleh jemaah tabligh itu mengingatkan aku, perihal kehidupan yang singkat dan mati jua akhirnya kita.
Allahuakbar!
Semoga para daie, pendakwah di mana jua mereka berada, dilindungi dan diberi bantuan oleh Allah SWT.
Aamiin Ya Rabb!!!
Comments
Post a Comment