Usah pernah jemu dengan buku. Buku tidak pernah menyampah dengan kamu. Sentuh, peluk dan sayangi ia. Kerana tanpa buku kamu tidak sebijak sekarang. Setiap kejayaan bermula dengan buku. Mengapa begitu?
Musim-musim orang nak berpadu, bersatu dan perpaduan ni eloklah bersyair berkaitan dengan perpaduan. Mari kita bersyair… Syair Pilihan: PERPADUAN Negara kita pelbagai bangsa Berbeza pandangan perkara biasa Jangan dibiar menjadi bisa Hidup terancam sepanjang masa. Berbeza budaya bukan halangan Jurang kecil dibesar jangan Kurangkan iri anjur rundingan Harmoni nusa kian berpanjangan. Kepada orang hendaklah hormat Hendak menegur hendaklah cermat Bersatu padu itu matlamat Jangan dinyala dendam kesumat. Semua tak boleh mementingkan diri Berjuang untuk kaum sendiri Sejarah lama harus susuri Insaf hakikat sedarlah diri. Serulah semua agar bersatu Membina Negara biar bermutu Besar hasilnya sudahlah tentu Wawasan Negara tercapai jitu. Semangat mulia bertolak ansur Tidak menyombong jadikan unsur Taraf tak hilang jika menyusur Bagai gabungan pana dan busur. Hendaklah ikhlas bersatu hati Bukan mengharap pulangan n
Perpaduan Sejati Bukan Mimpi Negara aman perpaduannya harmoni baik dalam negara mahupun negeri rakyatnya berganding bahu bersatu hati demi kasih sayang cinta mencintai. Tiada sengketa, irihati jua benci membenci setiap budaya , bangsa, agama saling mempercayai menjaga hati sanubari jua sentiviti bekerjasama tolong bantu sungguh toleransi. Baik melayu india cina serani jua benggali setiap perayaan saling sama rasa dirai saling bersalaman muhibbah memupuk silaturahmi sudah sering menjadi budaya murni sebati. Kita bina negara atas nama demokrasi tiada siapa diantara kita dilupai dan diketepi itu agenda sudah termaktub dalam kitab hak asasi saling tunduk patuh undang-undang dihormati. Wujudnya satu yang pasti realiti bukan fantasi kerna ia satu harapan sejati suci murni kelak negara jua negeri makmur dipunyai inilah perpaduan sejati realiti bukannya mimpi. Masshah 2013 Bili buku Meru (31012014- Jumaat- 9:39pagi)
Syair Hari Raya Berpakaian sungguh menarik Wajah tersenyum indah disolek Duduk bersimpuh ramai tertarik Adat dan sopan usah dicarik. Berhari raya pulang ke desa Melepas rindu kedua ibu bapa Usah dilupa adat dan budaya Maaf bermaafan sesama kita. Dihari raya buangkan gelisah Banyakkan berdoa kepada Allah Jangan tidak ziarah menziarah Kelak tersekasa di alam barzah. Hari raya bukan bulan berpesta Namun banyak makna juga cerita Bersedekahlah mereka berharta Hidupkan tenang tanpa derita. Masshah 2018 Meru.
Comments
Post a Comment