Kelesuan 60 Tahun Kemerdekaan
Usia kemerdekaan sudah menjangkau 60 tahun. Satu jangka masa yang panjang.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Dan aku sebagai warga negara di tanah air tercinta Malaysia.
Ya...aku bangga menjadi warga negara yang bebas merdeka.
Kerana menyintai negara salah satu cabang keimanan.
Rasa bangga, kagum dan cinta pada negara. Mana mungkin aku bisa membenci negara sendiri.
Kini, 60 tahun kemerdekaan tetapi terasa kelainan apakah warga ada yang tidak merasa 60 tahun satu jangka masa yang tidak harus diraikan.
Apakah yang sebenarnya berlaku tiba-tiba kibaran bendera jalur gemilang seolah lesu dan malu mahu mengibar-ngibarkan dirinya.
Apakah hilang rasa patroitik dalam diri setiap warga.
Aku? Bagaimana dengan diriku, apakah turut sama hilang rasa bangga, cinta pada negara?
Apakah setelah 60 tahun berlalu aku dan kalian melupakan mereka yang bertungkus lumus memerdekaan negara tercinta ini.
Melupakan jasa-jasa pejuang kemerdekaan tidak kiralah dari manah arah pun perjuangan mereka, sama ada pejuang kiri atau kanan.
Mereka punyai jasa dan pengorbanan yang tinggi demi meredeka tanah air.
Haruskah aku dan kalian melupakan sejarah yang sudah tertulis dalam buku sejarah atau apakah sebenarnya kelesuan ini akibat lunturnya setiap jiwa warga dalam memahami dan menjiwai erti sebuah kemerdekaan?
Aku mencari-cari sebuah jawapan yang jitu dan konkrit agar nanti jika ada pertanyaan aku bisa memberi jawapanya.
Aku mahu diriku tetap setia pada negara tercinta...Malaysia yang aman, damai dan harmoni.
Hidup penuh kerukunan, saling menghormati antara satu sama lain.
Biar pun berbeza bangsa, agama dan budaya, saling menjiwai sepenuh hati kemerdekaan yang dikecapi.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Demi negara tercinta, aku dan kalian pasti dan mesti Sehati Sejiwa...
Salam Kemerdekaan!
Comments
Post a Comment