Tetap Mengiurkan

"Kita singgah MPH dulu, tengok-tengok buku...Abi nak cari majalah dewan"
Aku lihat mukanya tersenyum-senyum.
"Sukalah tu..." Kataku pada Dania yang sama-sama berjalan beriringan bersamaku.
Sesampainya di MPH, aku tuju ke bahagian majalah, cari majalah yang aku inginkan. Dania pusing-pusing entah apa dicariknya.
Aku capai dua buah majalah terbitan DBP, Tunas Cipta dan Dewan Sastera terbitan bulan Julai 2017.
"Dah...nak cari apa? Abi nak tengok- tengok buku kat situ...tengok je..."
Sambil tanganku mengambil gambar dania sedang tengok-tengok majalah kegemarannya.
Konon nak tengok-tengok je tapi terbeli pula sebuah buku. Ermm...entahlah tak boleh tahan tengok buku yang pelbagai tajuk. Sungguh mengiurkan naluriku...tu yang terbeli tu.
Aku lihat Dania dah pegang sebuah majalah kegemarannya.
"Cukup? itu je."
Dania hanya senyum-senyum, aku tak seperti selalunya mendesak suruh beli buku apa-aoa yang diinginkan.
Maklum dah agak kelam kabut, nak cari kek lagi. Hari ni. tarikh kelahiran isteri tersayang.Konon nak sambut...kami cepat-cepat keluar seusai membayar di kaunter.
Kini, MPH, Setia City Mall menjadi distinasi pencarian buku-buku yang aku mahukan setelah kedai buku Book2u@karangkraf berpindah ke Kompleks PKNS Shah Alam.
Begitulah...buku oh buku...
Teman yang paling indah dan mempersonakan!

Comments
Post a Comment