Pesan Pak Agi



Selesai mengemas ruang tamu dan dapur. Aku masuk ke bilik buku, duduk sekejap di meja tulisku sambil meneguk air kosong yang memang sentiasa ada di rak sebelah meja buku.

Rasa nyaman tekakku...nikmatnya air kosong, air tulen R.O. Aku capai telefon bimbitku, lihat mesej dari wassap.

Pak Agi hantar mesej, satu persatu aku baca...satu pesanan buat diriku dalam penulisan puisiku(puisi entah apa-apa entah)...

Pak AGI: Jgn.lupa baca buku ini sampai tamat.jgn jemu walaupun mengantuk.moga bererti bagi dunia puisimu

Pak AGI: Jgn lupa baca kata pengantarnya tulisan mana sikana dulu

Pak AGI: Mana sikana kata buku ni bisa jd klasik satu hari nanti

Pak AGI: Tajamkan rasa u dgn membaca buku ccp ni higga tamat

Sebenarnya aku malu dan segan bila dikatanya aku penulis puisi, sedang puisi yang aku tulis tidak pun pernah terbit di media arus perdana.

Aku tulis cuma suka-suka, janji bentuknya serupa bait-bait puisi mungkin agaknya.

Cuma ada beberapa buah puisiku ada terbit di akhbar oposisi, itu pun saja-saja aku hantar tapi tak sangka pula disiarkan.

Sajak marah-marahku berkaitan situasi siasah tanah air...puisikah itu? Kadang-kadang itu yang aku tanyakan pada diri sendiri.

Juga aku teringat sahabat bloggerku, dia memberi komen tentang sebuah puisiku yang aku terbitkan di blog.

Dia kata puisi ini bagus, mengapa tidak dihantar ke media yang ada.

Entahlah, aku bukan pakar untuk menilai satu puisi itu bagus atau pun tidak, apakah keindahan bahasa puisiku ada atau pun tidak.

Aku hanya tulis sahaja, bila idea itu hadir. Sedap, nikmat dan indah hanya seorang pembaca yang dapat mengerti.

Aku hanya penulis puisi picisan yang entah apa-apa.

Tetapi bila seorang penyair besar seperti Pak Agi, sering  memberi ransangan dan galakkan itu yang semangat menulis puisi kembali bangkit.

Nasihat dan ingatan pak Agi berkaitan buku cakap-cakap puisi sebagai bacaan mesti akan ku terima.

Buku tersebut sudah ku khatamkan pertama kali. Dan akan terus menjdi rujukkan ku.

Kata-kata pak agi dalam mesej tersebut sangat mengesankan jiwaku.

Pasti dan pasti, aku mahu terus menulis, baik puisi dan sebagainya...

Terima kasih Pak Agi!

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi

Syair Hari Raya