Sajak: Perjalanan Suci

Perjalanan Suci Perjalanan suci menuju ilahi anugerah istimewa yang diberi usah diabai dan diengkari mesti disyukuri agar ibadah menjadi. Beruntunglah pada diri kerana terpilih, menjadi tetamu ilahi, perjalanan suci elakan sifat amarah buangkan segala mahzummah sucikan hati untuk ziarah dan umrah. Bersihkan diri sucikan hati banyakkan berzikir ingatkan ilahi perjalanan suci pasti diredai amal ibadah pasti diberkati. Buangkan sikap riak yang keji betulkan niat sebelum pergi tetap teguh pada yang PASTI pada ilahi sudah semesti tetapkan niat nan suci jika tidak rugi kemudian hari. Tinggalkan dunia sementara di hati di hadapan kaabah rendahkan hati tunduk patuh hanya pada ilahi DIAlah hanya yang memberi rezeki. Berpakaian ihram putih bersih tanda hati tulus pada ilahi pakaian putih bersih itulah yang akan membungkus diri bila mati. Pada tawaf dan saie menguji minda dan fizikal diri hanya tautan hati pada ilahi ...