Sajak: Mati Itu Tiba-Tiba

Mati Itu Tiba-Tiba Tiba-tiba mati, mati tiba-tiba tidak diundang, tiada siapa pun sudi mengundangnya sudi tidak sudi pun pasti mati tidak kira waktu dan hari, di mana, bagaimana. Tiba-tiba mati, mati tiba-tiba tiba-tiba mati pun mati mati tiba-tiba pun mati semuanya pasti mati jangan sesekali mahu menafi. Ingat yang korupsi mati ingat pak menteri pun mati ingat pemimpin oposisi pun mati ingat kepala gengster pun mati semuanya akan mati, tiada siapa yang terkecuali Mati pasti dan mesti jangan dinafi jangan pandai-pandai mahu jauhi jangan pandai-pandai mahu ketepi jangan pandai-pandai tidak mahu mati mati tetap mati Ingat-ingat hati mati pun akan mati hati celik pun mati hati buta pun mati hati tidak buta pun mati semuanya akan mati pasti dan pasti mana mahu pergi? Masshah 2013 7:49pm-Rabu-20/11/2013 Bilik buku Meru.