KEHILANGAN MH370 MASSHAH dengan dua puisi iaitu MH370 Kembalilah dan Khabar Duka Akhirnya. Pertama, begitu mengharap bersama doa agar MH370 selamat seadanya serta redha, lewat puisinya MH370 Kembalilah : MH370 kami menanti pasti kau akan kembali ke sisi doa dan harapan tetap di hati namun...andainya kau terkubur bersemadi akan kami redha walau pedih di hati benar, kehilangan tak dirancang kerna itu takdir Tuhan menentukan. Kedua, penyair mengungkap rasa sedih dan redha dengan khabar duka pada hari ke-16 melalui puisi Khabar Duka Akhirnya (tersiar pada jam 12:47 pagi): 16 hari kami menunggumu dengan penuh tanda tanya denga penuh debar di dada di mana kau singgah berada di mana kau menghilang tak jumpa. Kini, berita duka kami dengari penuh rasa sedih dan syahdu, menunggu harap keluarga yang mengasihi kini MH370 ditemui tapi tak kembali terhiris hati-hati penunggu setia berita gembira namun, kecewa ...