Catatan Muharam 1436H/2014: Ambil Ibrah Dari Hijrah Nabi S.A.W
Setiap tahun, kita akan menyambut sambutan tahun baharu Hijrah atau juga dikenali sebagai Ma’al Hijrah. Ia bersempena tahun hijrahnya Nabi S.A.W, dari Kota Mekah ke Kota Madinah, ia sudah tercatat dalam sirah Nabawiyah. Di mana pun, umat Islam berada, mereka akan menyambutnya. Di mulai dengan doa penutup akhir tahun sebelum menunaikan solat maghrib dan selepas solat maghrib akan dibacakan doa awal tahun, sama ada secara individu mahu pun secara berjemaah di surau dan di masjid di seluruh negara. Selepas itu akan di adakan majlis bacaan yasin dan tahlil doa selamat juga sedikit tazkirah serta diakhiri dengan sedikit jamuan makan. Selanjutnya dari itu, pada bulan muharam ini di surau atau di masjid akan diadakan majlis kuliah, tazkirah, forum, seminar dan pelbagai lagi majlis bagi meraikan dan merayakan tahun baharu hijrah ini. Lebih daripada itu, mereka yang bergelar budayawan, seniman, penyair dan karyawan, juga mengambil keberkatan bulan muharam ini, dengan mengadakan majl...