Pengembaraan penulisan tentang perjalanan penulisanku, aku teruskan lagi, agar nanti, catatan penulisan ini dapat dibaca oleh anak-anakku, mana tahu tulisan ini boleh dibukukan pada saat dan ketikannya. Ini jugalah harapanku, mudah-mudahan ianya termakbul, Amin Ya Rabb...!. Kursus penulisan blog dan twiter, telah mengenalkan aku tentang Portal eSastera.com. Portal eSastera.com, yang didirikan oleh Dr.Irwan Abu Bakar ini, membuka peluang seluas-luasnya kepada seluruh rakyat Malaysia yang berminat dalam bidang penulisan. Pelbagai seksyen dibuka, untuk sesiapa sahaja berminat untuk menulis di Portal ini, sama ada dalam penulisan keratif atau penulisan bukan keratif. Mereka yang berminat dalam genre sastera, seksyen itu dibuka seluas-luasnya untuk mereka menulis apa sahaja penulisan keratif dalam cerpen, novel, puisi tradisional, sajak, pantun, dan pelbagai lagi. Untuk penulisan bukan keratif juga disediakan seksyen, macam-macam boleh tulis di situ, travelog, panduan hidup, su...