Eratkan Jalinan Persaudaraan ( Sempena Hari Keluarga Bani Ibrahim 2015 ) Berkumpul kami dengan ceria gembira bersama famili menautkan ukhwah bersemi matlamat mendekatkan tali silaturahmi yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita eratkan akan bertambah seri persaudaraan ini bermacam ragam pelbagai karenah mewarnai hari indah berseri kami. Tidak dilupa pada yang tidak bersama kerna pergi buat selamanya dijemput Ilahi kami kirimkan tahlil dan doa untuk mereka agar rohnya dicucuri rahmat bahagia di sana kepada mereka famili punya program sendiri kerna tidak boleh dielak mesti pergi kami mengerti kesulitan ini, tahun depan kita adakan lagi agar lebih meriah lagi. Ada acara turut menyerikan malamnya bacaan yasin dan tahlil serta doa buat mereka yang pergi tak kembli juga untuk mengharap rahmat Ilahi hari keluarga yang dirai makan malam semua wajah berseri berkeroncong perut sudah berbunyi sana sini pelbagai juadah turut menyeri santap...