Posts

Hebahan: Malam Baca Puisi PENA-ITBM

Image
Semua dijemput hadir!

Sajak: Tangis Taubat

Image
Tangis Taubat Senyap sunyi gelap gelita tidur mimpi menyapu muka. Bangun berdiri masuk ke bilik mandi membersihkan diri mahu ke sisi Ilahi. Bentang sejadah berdiri merendah mengharap kasih demi janji iftitah. Sujud lama terakhir esak tangis mengukir lafaz taubat juga zikir usia lama pasti berakhir. Usai separtiga malam akhir malam kelam insan menangisi dosa silam mohon taubat diterima pemilik alam. Masshah 2014 30032014 Meru.

Sajak: Kau Mahu Bunuh Mereka

Image
Kau Mahu Bunuh Mereka ( ...buat 529 Ikhwanul Muslimin yang bakal dihukum bunuh(digantung)... ) Kau tak punya jiwa nurani kau mewarisi sikap  firaun keji kau tak kenal erti sebuah kematian kau insan zalim berjiwakan saitan. Kau mahu bunuh mereka yang jiwanya merdeka kau mahu bunuh mereka yang beriman bertaqwa kau gila segila-gilanya persis maha firaun kau hilang arah askar kau kerah juga mahkamah. Kau mahu bunuh mereka ikhwanul muslimin doa-doa kerabat mereka sedang diamin, kau mahu bunuh mereka tanpa belas kasih kerna kau lupa pada yang Maha Pengasih. Kau mahu bunuh mereka kau lupa seantero buana sedang menyaksi kau si kejam laknat jeneral al-sisi menanti pasti kau pasti mati. Masshah 2014 27032014 Meru.

Deklamasi Sajak: Jambatan Kota

Image
Jambatan Kota Lenggang gadis di jambatan kota menatap senja berbunga ria wajahnya sungai klang jernih dan mengalir indah sketsa sebuah warisan bangsa. Lenggang gadis di jambatan kota seratus tahun mendatang langkah lesu dan longlai sungai dan bandar klang bukan lagi milik bangsa hakis terbenam di dasar selut hitam air mengalir lesu. Lenggang gadis di jamabtan kota merenung senja suram di horizon malam bangsa pamitan hilang. Gadis dan jambatan kota lestari dalam kenangan. Jambatan kota, Bandar Diraja Klang Selangor Darul Ehsan 1963 Dari buku: Kontal Kantil-Karya-karya terpilih Ismas Saring Kontal Kantil Karya-karya terpilih Ismas Saring

Hebahan: Jom Baca Puisi

Image

Sajak: Khabar Duka Akhirnya

Image
Khabar Duka Akhirnya ( Buat keluarga yang terlibat, juga alfatihah yang pergi tak kembali ) 16 hari kami menunggumu dengan penuh tanda tanya denga penuh debar di dada di mana kau  singgah berada di mana kau menghilang tak jumpa. Kini, berita duka kami dengari penuh rasa sedih dan syahdu, menunggu harap keluarga yang mengasihi kini MH370 ditemui tapi tak kembali terhiris hati-hati penunggu setia berita gembira namun, kecewa akhirnya menuntut keredhaan pada Ilahi. MH370 terpahat dalam memori duka setiap ahli keluarga juga masyarakat dunia sesekali menerjah di minda, tragedi duka lara MH370 tetap akan menggamit setia hati famili kerna ada dicinta disayang pergi selamanya itu semua takdir empunya kuasa di mayapada. Hanya pada akhirnya... jika itu benar akhir ceritanya MH370 doa dan alfatihah kami kirimkan buat yang seagama takziah  buat yang berlainan bangsa dan agama bersabarlah dalam ujian dunia sementara yang pergi t...

Sajak: MH370 Kembalilah

Image
MH 370 Kembalilah ( ...dengan doa dan harapan agar ditemui... ) Disebalik misteri... kehilangan MH370 tragedi luka ini seluruh umat merasai luruh hati famili menanti namun MH370 tetap tak kembali. Misteri tragedi terjadi mengamit pedih hati kini spekulasi di sana sini media sosial mengolah aksi berita tv dan  radio terus dinanti namun MH370 tunggu lagi dan lagi. MH370 kami menanti pasti kau akan kembali ke sisi doa dan harapan tetap di hati namun...andainya kau terkubur bersemadi akan kami redha walau pedih di hati benar, kehilangan tak dirancang kerna itu takdir Tuhan menentukan. Masshah 2014 12032014 Meru.