Posts

MARAH DIRI SENDIRI

Image
Gambar: Google Image  MARAH DIRI SENDIRI Tak perlu marah kepada sesiapa. Marahlah diri sendiri, kerana sering membuat kesalahan pada diri sendiri. MASSHAH 2022 MERU

JANGAN MENGALAH

Image
  JANGAN MENGALAH "Jangan pernah mengalah. Mengalah engkau akan kalah. Selagi belum menang, teruskan perjuangan hingga kepuncak." Masshah  25/8/2022 MERU

KAU GAGAL SEKIRANYA

Image
                                                     "Masa terus berlari dengan pantas. Seandainya kau perlahan berlari, pasti kau akan ketinggalan. Namun kau masih belum gagal untuk mencapai sesuatu yang dingini. Kegagalan bilamana kau tidak mahu terus mencuba dan terus mencuba. Kau hanya berlari setengah jalan yang akhirya kau menyerah kalah.Pasti kau akan gagal." Masshah 25.8.2022 Meru

Teruskan Perjuangan

Image
Teruskan perjalanan dan perjuangan dalam hidup... Tahun 2022 sudah kehujung febuari.Begitulah pantasnya masa bergerak. Bagaimana aku dan kawan-kawan semua? Tepuk dada tanyalah iman masing-masing.  Di mana pun kedudukan kita sekarang,syukurilah nikmat Tuhan yang sedang kita gunakan ini. Teruskan perjuangan dalam menempuhi kehidupan yang semakin mencabar ini.  Kita masih diserang oleh covid-19. Entah kapan akan berakhir masih belum menampakan hasil. Turun naik, turun naik. Tak habis-habis.  Begitulah covid-19 memainkan perannya dalam kehidupan kita waktu ini. Hanya Allah SWT sahaja kita serahkan segala-galanya. Teruskan hidup, teruskan perjuangan! Aamiin Ya Rabb! 26/2/22 Sabtu Malam Ahad.

Salam Ramadan Dan Selamat Berpuasa

Image
PERTENGAHAN RAMADAN Ramadan sudah hampir dipertengahan. Maha Suci Allah! pantasnya masa berlalu. Bagaimana aku dan sahabat dalam mengisi hari-hari ramadan dan malamnya? Baki-baki hari yang tersisa ini seharusnya digunakan sebaiknya untuk  melakukan amal kebaikan berterusan. Baik sedekahnya, solatnya, zikirnya, taddarusnya, solat malamnya, dan sebagainya, terus dilakukan dengan ikhlas semata-mata menuntut keredaan Allah SWT. Kerana kita tidak tahu apakah ramadan yang akan datang masih dapat ditemui lagi. Ajal maut saja yang menentukan kita bertemu lagi atau tidak pada masa akan datang. Sesungguhnya hanya doa dengan sepenuh harapan kita panjatkan semoga kita bisa berpeluang bertemu lagi dibulan yang penuh keberkahan ini. Aamiin Ya Rabb!!! Akhirnya, agar terus istiqamah menelusuri hari-hari bersama ramadan yang hanya tinggal beberapa hari saja. Moga akhirnya puasa yang kita laksanakan nanti akan memberikan nilai ketaqwaan disisi Allah SWT.

Tahun 2021

Image