Salam Ramadan Dan Selamat Berpuasa

PERTENGAHAN RAMADAN

Ramadan sudah hampir dipertengahan. Maha Suci Allah! pantasnya masa berlalu. Bagaimana aku dan sahabat dalam mengisi hari-hari ramadan dan malamnya?

Baki-baki hari yang tersisa ini seharusnya digunakan sebaiknya untuk  melakukan amal kebaikan berterusan.

Baik sedekahnya, solatnya, zikirnya, taddarusnya, solat malamnya, dan sebagainya, terus dilakukan dengan ikhlas semata-mata menuntut keredaan Allah SWT.

Kerana kita tidak tahu apakah ramadan yang akan datang masih dapat ditemui lagi. Ajal maut saja yang menentukan kita bertemu lagi atau tidak pada masa akan datang.

Sesungguhnya hanya doa dengan sepenuh harapan kita panjatkan semoga kita bisa berpeluang bertemu lagi dibulan yang penuh keberkahan ini.

Aamiin Ya Rabb!!!

Akhirnya, agar terus istiqamah menelusuri hari-hari bersama ramadan yang hanya tinggal beberapa hari saja.

Moga akhirnya puasa yang kita laksanakan nanti akan memberikan nilai ketaqwaan disisi Allah SWT.

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun: Pantun Semangat Diri

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi