Marhaen Berubah





Lembut bicara
Sang penguasa memikat hati marhaen.

Tunduk tawadhuk
Mengharap kemaafan.

Sekian lama alpa kini tersentak
Setelah kuasa  di hujung tanduk.

Sana sini
Mengharap kemaafan...berilah peluang..!.

Namun marhaen
tidak pernah lupa dan alpa.

Cukuplah sandiwara
Cukuplah lakon layar sang penguasa
Wayang itu sudah tidak laku.

Detik layu dan syahdu
Sudah berlalu.

Marhaen mahu berubah
Marhaen mahu perubahan.

Usah di rayu dan merayu
Pilihan marhaen tetap Satu
Tiada undur walau dirayu
Cukup sudah beribu batu

Pilihan marhaen tetap Satu
tinggal tunggu waktu.

Haru biru
Sang penguasa jadi tak tentu.

Masshah 2012-04-06
Meru.

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi