CERPEN: Lembu Oh Lembu




Sana lembu sini lembu,depan lembu,belakang lembu,tepi lembu tengah lembu,kanan lembu,kiri lembu serba tak kena,malam tak lena tidurnya.Kecaman ke atas keluarganya benar-benar menganggui kehidupannya sekarang.Ini semua gara-gara salah lapor audit.Dia kata tak betul nilai RM 250 juta itu.

Angka sebenar tidak seperti yang di nyatakan.Peluang di ambil sebaik-baiknya oleh pembangkang untuk memburuk-buruk kan parti keramat yang di perjuangkannya sejak dulu,kini dan selamanya..Itulah perjuangan ,itulah tapak perjuangan hingga kini,biarpun kalah dalam PRU yang lalu.Baginya perjuangan tetap di teruskan.Pantang anak Melayu berundur..!.

Segala-galanya berpunca dari lembu,semua kantoi,semua tak menjadi,semuanya menjadi gelap.Depan gelap.belakang gelap,depan gelap,kanan kiri gelap.Boleh jadi yang ketiga belas ini pun masa depan politiknya gelap sama.Ahhhhh...lembu,lembu,lembu..entah mengapa semenjak-menjak cerita lembu menjadi glamour ni,mulutnya turut sama mengungkapkan  kata-kata lembu.Lembu betul lah...!.

Mana nak letak muka,mana nak jawab dengan rakyat,kalau lembu bolehlah buat tak tahu,lembu mana nak tahu malu.Manusia yang selalu di lembu-lembukan pun kini dah pandai protes,sudah pandai nak tunjuk rasa.Semua belajar dari perhimpunan kotor tempohari.Jengkel betul dia hari ini dan mungkin hari-hari yang mendatang.

Nasib lah badan,nasiblah aku..rasa jengkelnya makin tinggi.Di balingnya tabung berbentuk lembu,berkecai dan berterabur duit siling yang ada di dalamnya.Duit syilingnya yang di kumpul sejak dia tinggal di kondo mewah itu.

Duduk di kondo yang berhawa dingin pun terasa panas-sepanasnya.Sama panasnya dengan isu terkini isu lembu yang di mainkan pembangkang keparat.Rasa jengkelnya bila terpandang akan gambar ketua pembangkang yang dianggap musuh politiknya.

Maklum anak-anak buah ketua pembangkan itulah yang menjaja isu lembu ini.Geram betul dia.Dia segera tutup youtube yang di pasangnya tadi.Konon nak tengok berita lain,semua cerita lembu.Lembu oh lembu...Lembu betul lah..!.

Dia rasa panas yang amat,tiba-tiba dia ingin kebilik mandi ingin menyejukan seluruh badannya.Dia mencapai tuala dan segera ke bilik mandi yang luas itu.Tanpa seurat benang tubuhnya,rasa panasnya agak berkurangan tapi ada sesuatu yang agak memeranjatkan apabila dia menatap wajahnya di hadapan cermin di bilik mandi itu..ohhhh...tidakkk..!.Jeritan yang amat kuat,namun jeritan itu tidak ada siapa pun yang mendengarinya.

Dia segera keluar dari bilik mandi itu terus berlari kebilik persalinannya,bilik utama,tanpa di sedari tanpa di selimuti dengan tualanya tadi.Bila dia masuk dalam bilik utama itu,sekali lagi jeritan dari mulutnya lebih kuat dari yang tadi,"Oh..tidakk...tidak...tidak..!",dia lihat tubuhnya di cermin yang besar itu,betul-betul macam L.E.M.B.U...L.E.M.B.U...L.E.M.B.U...


“Hai sudah-sudahlah tu..sampai di bawa ke mimpi tu..”Suaminya cuba mententeramkan isterinya yang sedang mengigau-ngigau itu.”Ah...abang ni,lembu tu,I ,badan I macam lemb..”.Suaminya cuba menutup mulutnya yang mahu menyebut perkataan itu.”Sudahlah mimpi mainan tidur je tu”.Suaminya cuba memujuk dan mententeramkannya.

Pujukan dan kata-kata perangsang dari suaminya cukup menguatkan perasaannya.Namun di sebalik lubuk hatinya masih ada kerisauan.

Minggu ini dia kena ke ladang lembunya.mahu tak mahu kena pergi.Pergi dengan satu tekad apa yang diusahakan ini adalah perniagaan keluarganya,tiada sangkut paut dengan pemerintah.Itu tekad dan tujuan dia mahu mengajak semua pemberita dari kalangan  editor akhbar pemerintah dan editor dari kalangan pembangkang.

Dia akan buktikan segala-galanya bahawa ladang ini milik keluarganya,bukan milik pemerintah seperti dalam berita-berita sebelum ini.Dia yakin seyakinnya berita sebelum-sebelum ini akan selesai dengan lawatannya bersama semua wartawan yang di jempunya nanti.Dan dia yakin segalanya akan senyap sebagaimana yang lain-lain.

Dia akan tidur lena selepas ini,rakyat akan percaya bahawa memang bisnis lembunya memang telah di usahakan semenjak sebelum menjadi orang kuat pemerintah.Monumen lembu akan di bina dengan sebesar-besarnya di depan kondo yang di miliki hasil usaha perniagaan lembu itu.

Dia menarik gebar selimutnya dengan yakin dan puas..selepas ini aku akan lena-selenanya,bisik hatinya..Tiba-tiba terdengar suara..dari atas kepalanya."MOOOO...MOOOOO...MOOOOO..”.Oh rupa-rupanya bunyi telefon bimbitnya.Begitulah sudah sememangnya minatnya tentang bisnis lembunya,sehingga semuanya bercirikan lembu.

Dia membuka pesanan ringka,"Selamat malam,segalanya selesai.Lembu sudah selesai,boleh tidur lena”..Dia menutup telefon bimbitnya,segalanya kini lena di ulit intan.Senyum puas terhias di bibirnya.Lembu oh lembu..!.

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi