Sajak: Cukuplah Sekali
Cukuplah sekali Cukuplah sekali jangan sampai dua kali kerana bicaranya tidak boleh dipercayai cukup sudah yang dulu-dulu, Jangan cuba melulu fikir-fikir dulu walau dengan kata ācuba duluā itu semua tidak perlu. Ingat pada cerita dulu selepas berpadu bersatu, bersama tapi tidak sebulu akhirnya ditendang, kecundang cukup meradang. Masshah 2013 Bilik buku Meru 15.02.2013/12:38 tengahari.