Sajak: Kasih Sayang Sejati




Kasih Sayang Sejati

Berkasih sayang tidak perlu menunggu
hari-hari tertentu,
ia tiap saat dan waktu.
di mana pun kita berada
di lautan mahu pun daratan
kasih sayang tetap padu dan bersatu.

Jika ia diikat dengan kalimah yang satu
hati yang bersih dan luhur
jiwa yang murni tidak uzur
ditambah lagi setiap kalimah yang ditutur
dari insan yang jujur
hidup pasti harmoni dan makmur.

Setiap kasih sayang yang diatur
ada bukti yang sejati dan tolak ansur
kasih sayang suami kepada isteri
kasih sayang anak kepada abi dan umi
kasih sayang yb kepada pengundi dan banyak lagi,
semuanya perlukan tindakan dan bukti
baharulah kasih sayang itu suci dan sejati.

Kasih sayang bukan boleh dijual beli
ia lahir dari hati, yang penuh dengan cinta Ilahi
datang dan pergi tetap di hati.
tidak sesekali disesali
kerana yakin pada Ilahi,
syurga yang menanti
indahnya kasih sayang sejati.

Masshah 2013
Bilik Buku
Meru.
15.02.2013/11:54pagi.


Found at Beemp3.com

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi

Syair Hari Raya