Nota Ramadhan: Alahai Tak Faham-Faham Lagi
Belum pun ramadhan melabuhkan tirainya, sudah macam-macam kes mercun terjadi. Pelik ajaib, dikatanya mercun itu diharamkan, tapi mengapa begitu mudah mendapatkannya. Apa yang sudah berlaku sebenarnya?. Apakah ada penyelewengan?. Entahlah, dua hari lepas aku dan familiku pergi ke Kompleks PKNS Shah Alam. Sewaktu balik, melihat di tepi-tepi gerai terlihat beberapa buah meja, menjual pelbagai jenis mercun dan bunga api. Dalam hati tertanya-tanya, sudah boleh jual mercun dan bunga api kah?. Saban tahun, ada sahaja kes terkena mercun, baik buatan sendiri atau sebaliknya. Mengapa mereka tak ambil iktibar yang lepas-lepas, masih tidak faham-faham lagikah?. Mengapa masih mahu membahayakan diri sendiri?. Bukankah bahaya, ya...selagi yang bernama manusia, begitulah sikap mereka. Manusia kan degil, diberi peringatan selalu pun tak mahu ambil kesah, akhirnya diri sendiri yang susah. Ada sahaja kes putus jari, jari melecur dan sebagainya saban tahun, minggu ini satu kes ...