Nota Ramadhan: Bulan Ramadhan Bulan Al-Quran
Bulan ramadhan juga terkenal dengan bulan Al-Quran. Bulan di mana di dalamnya di
turunkan Al-Quran. Kitab yang diturunkan kepada Nabi SAW untuk panduan seluruh
manusia.
Firman Allah SWT yang bermaksud;
“Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan)
Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai
petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang batil).”
(Surah Al-Baqarah: 185)
Membaca al-quran amat digalakkan di dalam bulan ramadhan.
Nabi SAW sering membaca al-quran bila tibanya ramadhan.
Dalam sebuah hadis;
“Bahawasanya pengkajian terhadap al-quran antara Muhammad dengan Jibril terjadi pada malam
bulan ramadhan.” (Muttafaqun
‘Alaihi)
Sesungguhnya quran merupakan kitab aturan Allah SWT yang
lengkap, manual yang seharusnya menjadi pegangan setiap muslim. Ia juga
pengubat hati yang lara, di dalamnya terkandung pelbagai berita, cerita,
perumpamaan, siasah, ekonomi, perjuangan, pengajaran, peringatan, pembalasan,
dan pelbagai lagi hikmah di dalamnya.
Sudah sewajarnya, di bulan yang indah suci ini, kita
sama-sama membacanya, sama ada secara berkumpulam mahu pun bersendirian bersama
keluarga mahu pun teman-teman sepejabat ketika waktu rehat. Di mana jua kita
berada, di dalam kereta pun, di kapal terbang, dan di mana pun kita masih boleh
membuka dan membacanya.
Kemudahan teknologi yang ada sangat menyenangkan, buka
sahaja ipad, ipod, tab, laptop, dan selainya sudah cukup memudahkan untuk kita
mencapai dan membacanya. Tiada alasan lagi untuk kita tidak membacanya. Alhamdulillah,
waktu ini, di mana-mana masjid atau surau selesai sahaja moreh, mereka akan
adakan taddarus al-quran, malah ada secara berkumpulan, yang dewasa, remaja dan
kanak-kanak juga turut serta.
Begitulah hebatnya ramadhan yang penuh dengan keberkatan
ini. Mudah sahaja untuk kita membuat amal ibadah, siapa lebih, dialah yang akan
untung, tapi bila sebaliknya, maka fikir-fikirkanlah bersama. Semoga kita
tergolong dari golongan yang lebih itu. Sempena Nuzul Quran tahun ini, aku
ucapkan selamat hari Nuzul Quran, semoga Al-Quran terus menjadi sahabat sejati
kita semua.
Comments
Post a Comment