Program Dailog Dan Pelancaran Album Mathnawi Rumi
Kami dengan segala hormatnya menjemput Tuan/Puan ke Dialog & Pelancaran Album Mathnawi Rumi Nyanyian Kopratasa yang akan diadakan seperti berikut: Tarikh: 16 Februari 2016 (Selasa) Masa: 9:00 pagi Lokasi: Institut Integriti Malaysia. Persiaran Tuanku Syed Sirajudin, Off Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur Tetamu kehormat: Y.B. Senator Datoā Dr. Asyraf Wajdi Datoā Dasuki (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri) Panel dialog: - Datoā M. Nasir (Pengarah Urusan Luncai Emas Sdn. Bhd.) - Encik Mohd Nizam Mohd Ali (Institut Integriti Malaysia) - Dr. Suzana Suhailawaty Md Sidek (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) Album Mathnawi Rumi ini dihasilkan berdasarkan puisi daripada karya agung Mathnawi Jalaluddin Rumi (terjemahan oleh Profesor Dr. Sayyid Ajmal Al-Aidrus) terbitan ITBM. Kumpulan Kopratasa telah menghasilkan lima (5) buah lagu yang dimuatkan dalam album khas terbitan bersama ITBM dan Luncai Emas ini . Untuk pertanyaan lanj...