Sajak: Kita-Kita Mereka-Mereka

Kita-Kita Mereka-Mereka
Kita
boleh tulis apa-apa sahaja
kita
boleh bicara apa-apa sahaja
namun
harus kita siap siaga waspada
kerana
di belakang kita ada mata-mata.
Mencari-cari
kesalahan kita
mencuri-curi
bicara cerita kita
mereka
tidak senang dengan cara kita
mereka
tidak suka pendirian kita.
Kerana
kita bukan lembu yang setia
kerana
kita punya mata yang cerah
kerana
kita punya minda fikir yang nyata
kerana
kita adalah kita punya prinsip
beranilah
mereka kerana dibayar untuk mengintip.
Salahkah
kita membenci kedurjanaan
salahkah
kita membongkar kebejatan
salahkah
kita mentertawa kebodohan
salahkah
kita mengnyahkan kepandiran
salahkah
kita mengoyak rabak kezaliman.
Bukankah
itu untuk keamanan mereka
bukankah
itu untuk kesenangan mereka
bukankah
itu untuk kebahagian mereka
bukankah
itu untuk ketenteraman mereka
bukankah
itu untuk cahaya menerangi mereka.
Biarlah
mereka dengan kerjayanya
kita
terus sahaja menulis apa adanya
kerana
kita juga punya hak sepertinya
selagi
tidak melanggar undang-undangNya
kita
terus akan menulis dan berbicara seadanya
kita-kita
mereka-mereka pedulikannya.
Masshah
07022016
Meru.
Comments
Post a Comment