Sajak: Cikgu Kami Sayang Kamu
Cikgu Kami Sayang Kamu ( Dedikasi buat Mashitah Ibrahim dan seluruh Cikgu-Cikgu di Seluruh Negara ) Apa khabar cikgu semua harapan kami agar cikgu semua sihat sejahtera kami faham sungguh tugas muliamu mengajar dan mendidik aset paling berharga menegur dan mengasuh agar menjadi dewasa menjadi insan berguna harapan ibu dan bapa apatah lagi untuk bangsa agama dan Negara kami percaya cikgu bertugas penuh dedikasi berinovasi beriltizam tinggi ikhlas di hati sungguh besar jasa bakti seorang guru. Cikguā¦kami sayang kamu kami tahu kami mengerti beban tugasmu yang tidak pernah selesai hingga bila sampai waktu kamu pulang tetapi kamu tetap setia dengan tugasmu penat letihmuā¦sungguh kamu yang tahu namun kerana ikhlas amanah dipundakmu biar wajahmu kelihatam lesu kepenatan namun masih bisa terukir senyumanmu ikhlasnya cikgu sepertimu yang pasti ganjaran hebat di sana nanti. Cikguā¦kami sayang kamu andai kami ditempatmu itu nescaya kami me...