Apa Ada Dalam Bilik Buku?




Apa
punya soalan...mestilah buku takkan buah-buahan kan...ha...ha...ha...tak banyak
mana pun jumlah buku dalam koleksi bilik buku.
Tak
kira lagi berapa jumlah buku semuanya setakat hari ini. Mungkin saiz bilik yang
kecil tu yang nampak macam banyak buku.
Alhamdulillah,
impian nak ada perpustakaan pribadi dah ada. Seronok lihat buku-buku tersusun
lebih-lebih lagi bila sudah dapat diselesaikan pembacaannya.
Sebenarnya
banyak lagi buku-buku yang belum sampai lagi gilirannya untuk dibaca, tapi
pasti akan dibaca lambat atau cepat. Tungguuu!
Ada
buku motivasi, agama, sastera, novel, puisi, cerpen, travelog dan lain-lain.
Seronok dan sangat menyeronokkan. Teman sunyi yang tak pernah menghampakan.
Harta
yang sangat bernilai untuk anak-anaku nanti. Mungkin mereka boleh buat rujukan
selain untuk dibaca. Moga mereka menjadi generasi iqra.
Kepada
sahabat semua, moga terangsang untuk memiliki sebuah bilik buku. Kumpul buku
lebih baik dari kumpul pinggan mangkuk yang tak diguna pakai...kik3...
Ok...teruskan
membaca!
Comments
Post a Comment