Bagaimana aku mahu mulakan semangat ini. Sekejap ok sekejap tidak, turun naik macam bursa saham, jika nak disamakan, pun tidak juga. Aku bukanlah seorang penulis yang benar-benar fokus menulis. Menulis di blog pun sekadar coretan-coretan kecil. Entah dibaca orang atau tidak, aku pun tidak tahu. Tapi aku masih sayang dengan medium tersebut. Walaupun kadang-kadang semangat itu tinggi, kadang-kadang merudum. Masa ini, rasa bersemangat lagi. Entah bila aku boleh terus fokus dan bersemangat untuk menulis. Konon untuk menulis memoir diri sendiri pun masih terkial-kial,masih suam-suam.Menulis puisi pun entah apa-apa, tapi bila ilham datang untuk puisi, aku terus tulis, tanpa dieram lama aku terus terbit di blog. Malas aku nak simpan lama-lama, tulis dan terus terbit. Dibaca atau tidak terpulang.Begitu pun, aku tetap ada salinan untuk puisi-puisi tersebut, aku kumpulkan di fail untuk rujukan dan semakan diri sendiri. Bila tulis suka-suka hasilnya pun hanya suka-suk...