Tiap Hari Kena Tulis
Bagaimana
aku mahu mulakan semangat ini. Sekejap ok sekejap tidak, turun naik macam bursa
saham, jika nak disamakan, pun tidak juga. Aku bukanlah seorang penulis yang
benar-benar fokus menulis.
Menulis
di blog pun sekadar coretan-coretan kecil. Entah dibaca orang atau tidak, aku
pun tidak tahu. Tapi aku masih sayang dengan medium tersebut.
Walaupun
kadang-kadang semangat itu tinggi, kadang-kadang merudum. Masa ini, rasa
bersemangat lagi. Entah bila aku boleh terus fokus dan bersemangat untuk
menulis.
Konon
untuk menulis memoir diri sendiri pun masih terkial-kial,masih
suam-suam.Menulis puisi pun entah apa-apa, tapi bila ilham datang untuk puisi,
aku terus tulis, tanpa dieram lama aku terus terbit di blog.
Malas
aku nak simpan lama-lama, tulis dan terus terbit. Dibaca atau tidak
terpulang.Begitu pun, aku tetap ada salinan untuk puisi-puisi tersebut, aku
kumpulkan di fail untuk rujukan dan semakan diri sendiri.
Bila
tulis suka-suka hasilnya pun hanya suka-suka. Bila mahu serius dan fokus?
Kehilangan fokus menulis. Fokus mahu tulis apa?, mahu cerita apa?, mahu kongsi
apa? Aku hilang fokus?
Entahlah,
apa yang aku tulis ni pun macam hilang fokus.
Bila
aku tanyakan kepada seorang penulis yang juga seorang editor, tentang fokus menulis,
dia hanya jawab.
“Tiap-tiap
hari kena tulis…Tulis jugak…”
Ya,
terus menulis, hari-hari, tapi nak tulis
APA?
Ha…ha…ha…
Comments
Post a Comment