Rakyat Malaysia Malas Membaca Buku?
Biar betul, sewaktu aku ke PBAKL2018,ramai je yang beli buku( masalahnya baca tak buku tu?), Jualan Buku Gudang Karangkraf pun begitu, Kedai Buku MPH di Setia City Mall pun boleh tahan juga orang beli buku. Mungkin ada perangkaan terkini berkaitan membaca ini. Lihat pada status sahabat muka buku ada yang bercakap prihal ini. Jika rakyat Malaysia tidak suka membaca, ini sudah cukup gawat ni, tapi aku rasa sebahagiannya mungkin( masih tak mahu membaca) dan aku yakin ramai lagi rakyat Malaysia yang cintakan buku dan membaca, yakin dan positif. Pernah seorang kawan tanya, macam mana mahu tanamkan minat membaca? Aku jawab, membacalah, bacalah. Kalau tidak dimulakan membaca, bila mahu membaca...kan! Beli buku,baca buku nipis-nipis dulu jangan terus buku tebal-tebal nanti pening. Pilihlah buku apa yang disukai. Baca sikit-sikit, lama-lama banyaklah. InsyAllah, lama-lama jadi seronok. Sediakan satu rak, letaklah mana-mana sudut di rumah. Susun buku yang dibeli dal...