Rakyat Malaysia Malas Membaca Buku?

Biar
betul, sewaktu aku ke PBAKL2018,ramai je yang beli buku(masalahnya baca tak buku tu?),
Jualan Buku Gudang Karangkraf pun begitu, Kedai Buku MPH di Setia City Mall pun
boleh tahan juga orang beli buku.
Mungkin
ada perangkaan terkini berkaitan membaca ini. Lihat pada status sahabat muka
buku ada yang bercakap prihal ini.
Jika
rakyat Malaysia tidak suka membaca, ini sudah cukup gawat ni, tapi aku rasa
sebahagiannya mungkin( masih tak mahu membaca) dan aku yakin ramai lagi rakyat
Malaysia yang cintakan buku dan membaca, yakin dan positif.
Pernah
seorang kawan tanya, macam mana mahu tanamkan minat membaca? Aku jawab,
membacalah, bacalah.
Kalau
tidak dimulakan membaca, bila mahu membaca...kan!
Beli
buku,baca buku nipis-nipis dulu jangan terus buku tebal-tebal nanti pening.
Pilihlah buku apa yang disukai. Baca sikit-sikit, lama-lama banyaklah.
InsyAllah,
lama-lama jadi seronok. Sediakan satu rak, letaklah mana-mana sudut di rumah.
Susun buku yang dibeli dalam rak, pasti akan terdetik rasa seronok bila tengok
buku tersusun di atas rak.
Tak
percaya buat, itulah yang dulu-dulu aku buat, berangan-angan bilalah buku aku
nak banyak, beli dan baca. Kena bacalah. InsyAllah lama-lama banyaklah buku tu.
Membacalah
denga nama TuhanMu!
#duniabukumasshah
#akubukanpenulis
#ceriabersamabuku
#malaysiamembaca
#rakyatmalaysiasukamembaca
Comments
Post a Comment