Ulasan Buku Kumpulan Puisi Remaja Madu Di Tangan


Buku
Kumpulan Puisi Remaja Madu Di Tangan
Madu di Tangan merupakan buku karya
kedua pemilik blog ‘Tetamu Istimewa’, iaitu penulis mampan Mohd Helmi Ahmad
yang juga merupakan seorang guru di sebuah sekolah di Batangkali Selangor.
Karya dari Kumpulan puisi Remaja ini merupakan puisi-puisi yang terbit di
majalah dan akhbar.
Beliau seorang penulis juga penyair
yang sangat produktif dalam menghasilkan karya keratif, terutamanya cerpen dan
puisi. Melihat kepada blog yang begitu ramai sekali pengikutnya, ini memperlihatkan
karya-karya atau hasil penulisan beliau amat diikuti dan digemari oleh khalayak
pembaca.
Secara pribadinya, saya amat
mengkagumi kesungguhan penulis dalam berkarya, biarpun bertugas rutin menjadi
guru, yang sudah pastinya sentiasa sibuk dengan tugas guru yang dipikulnya,
namun beliau masih dapat berkarya.
Syabas diucapkan.Saya sebenarnya,
sudah lama ingin cuba mengulas serba sedikit berkaitan buku kumpulan puisi ini,
saya membelinya sewaktu pesta buku Selangor beberapa minggu yang lalu, ketika singgah
di booth ITBM. Dalam tercari-cari buku apa yang saya mahu beli, mata saya
terpandang buku kumpulan puisi ini, saya terus capai dan membelinya.
Buku setebal 58 muka surat ini
mengandungi 50 buah puisi pelbagai mesej yang mahu disampaikan oleh penulis
kepada khalayak. Dalam mengulas buku ini, saya hanya mengambil dua mesej sahaja
yang terkandung dalam buku ini,iaitu mesej bahasa dan mesej perpaduan, mengikut
kefahaman saya sebagai pembaca, selebihnya nanti, khalayak pembaca bolehlah
membeli dan memiliki seterusnya menghadam setiap puisi yang terkandung dalam
buku ini.
Antara puisi yang berkaitan dengan
bahasa, penulis amat sensitif tentang bahasa ibundanya, sebagai penulis memang
begitulah seharusnya peka dan menyanjung serta mempertahankan bahasa ibundanya.
Beliau mengharapakan kepada generasi
kemudian hari atau masa depan, walau apa terjadi dengan pelbagai macam
perubahan dalam persekitaran kehidupan mereka, tetaplah memilih bahasa ibunda
sebagai bahasa utama mereka.
Lihatlah perenggan pertama hingga
kelima puisi yang bertajuk ‘Memilih
Bahasa Ibunda’, di muka surat pertama.
Biarpun
kau lahir nanti
Dikepungi
menara tertinggi di dunia
Mencakar
bumbung langit
tetaplah
memilih bahasa ibunda.
Biarpun
kau lahir nanti
Dikelilingi
jiran berwarganegara asing
Berambut
perang berkulit putih
Tetaplah
memilih bahasa ibunda
Biarpun
kau lahir nanti
Disekolahkan
di Negara bermusim cuaca
Pengantarnya
bahasa pernah menjajah negar
Tetaplah
memilih bahasa ibunda.
Biarpun
kau lahir nanti
Dikenderai
pelbagai rupa dan nama
Memacu
di lebuh kemajuan
Tetaplah
memilih bahasa ibunda.
Biarpun
kau lahir nanti
Ditengah
kota raya
Berjiran
dengan warga asing
Yang
menghantarmu ke sekolah
Kenderaan
berjenama pelbagai nama
Usah
ragu dan bimbang
Tetaplah
memilih bahasa Melayu
Bahasa ibunda menjulang martabat
bangsa.
Begitulah kepekaan dan harapan penulis
juga penyair mengharapakan apa sahaja yang berlaku pada generasi kini dan akan datang,
di mana pun mereka berada tempat dan situasinya, bahasa ibunda, bahasa Melayu
hendaklah diutamakan kerana ia merupakan apa yang diungkapakan dalam puisi pada
para terakhir;
‘Bahasa
ibunda menjulang martabat bangsa.’
Suka saya kemukakan sebuah lagi puisi
yang bermesejkan kepekaan penulis berkaitan bahasa. Isu bahasa merupakan isu
yang sangat sensitif dan ia sangat releven dari dahulu, kini dan
selama-lamanya. Banyak isu tentang bahasa, seperti isu penggunaan bahasa
inggeris dalam pengajaran mata pelajaran sains dan matematik, dalam ulasan buku
ini, bukanlah saya mahu mengupas isu ini, ini sebagai contoh dari sekian
pelbagai isu yang melingkari dalam isu bahasa di tanah air kita.
Ya , semua mengakui bahasa sangat
penting, begitu penulis buku ini, dalam muka surat lapan belas, puisi bertajuk ‘Memeta Kegemilangan Bahasa’, penulis
lebih mengimbau dan mengajak khalayak melihat sejarah lampau, bagaimana bahasa
Melayu sebagai bahasa ibunda kita yang seketika masa lalu telah menjadi bahasa ‘Lingua
franca’(bahasa perantara). Ia telah menjadi bahasa perantara dalam pentadbiran,
perhubungan, kesusateraan dan sebagainya. Itulah sejarah lampau yang seharusnya
diambil ibrah oleh generasi hari ini dan kemudian nanti.
Dan perlu diingat kepada generasi kini
dan akan dating, bahawa bahasa Melayu pernah di zaman keemasannya dan akhirnya
nanti Bahasa Melayu akan tetap utuh dan terus gemilang hingga ke akhir zaman.
Sejarah
bahasa direntangkan di laut
Di
langit ditulis akasara sayang
Dengan
tinta kecintaan yang pekat
Tamadun
yang indah mengembang
Di
gugusan Nusantara.
Dunia
ini semaki membiak
Benih
harapan yang tersebar
Dari
mulut para pedagang
Dari
lidah para mualim
Daripada
rasa cendekiawan
Bersatu
dalam jitu
Memartabatkan
bahasa keilmuan.
Bahasa
Melayu dalam sejarah dunia
Memeta
kegemilangan
Meletakkan
satu pertimbangan
Takkan
hilang ke akhir zaman.
Mesej kedua antara puisi-puisi yang
terdapat di dalam buku ini ialah perpaduan, jika ia boleh dikatakan sebagai
mesej perpaduan. Mungkin penulis atau penyair sendiri melihat semakin lemah dan
lunturnya hubungan sesama kaum yang berlaku ditanah air kita waktu itu dan
kini, semacam ada kegoyahan hubungan sesama bangsa. Kontrak sosial yang sudah
lama terjalin semakin hari semakin goyah. Ia merupakan warisan nenek moyang yang
perlu dan mesti dipertahankan.
Penulis begitu sensitif berkaitan persoalan ini. Ini digambarkan dalam
rangkap atau perenggan pertama dan kedua dalam puisi yang bertajuk ‘Gelas Perpaduan’ di muka surat tujuh belas;
Mengapa
kita perlu
Pecahkan
gelas perpaduan
Yang
nenek moyang kita hidangkan
Di
dulang permuafakatan
Sejak
sekian lama.
Gelas
perpaduan
Harus
dipelihara
Kerana
di dalamnya
Mengandungi
Keharmonian
Kesaksamaan
Kemanisan
Madu-madu
kebahagiaan.
Dan
pada akhirnya penulis mengharapkan, perpaduan harus dipertahankan dengan ubat
mujarab iaitu bersatu padu agar nantinya berkesinambungan menjadi sebuah legasi
untuk generasi akan datang.
Pegangnlah
gelas perpaduan
Dengan
bersatu padu
Agar
ia tidak pecah
Bertaburan
Kelak
menjadi legasi keamanan
Buat
generasi nusa dan bangsa.
Sebuah lagi puisi bermesejkan
perpaduan bertajuk ‘Mari Kita Luruskan
Saf’, penulis atau penyair mengajak agar kita semua meluruskan saf atau
barisan, kerana penyair melihat perpaduan yang dilihat semakin goyah seperti
ular yang dipukul dipalu, ini bermaksud saf atau barisan semakin bengkang
bengkok, melambangkan perpaduan semakin luntur dan goyah, ini sangat
membahayakan dan musuh mudah sahaja boleh menumbangkan kesatuan kita sebagai
bangsa Melayu.
Mari kita renung sejenak, melihat apa
yang sedang berlaku dan terjadi berkaitan perpaduan ini. Dengan kepelbagaian
kaum, bangsa budaya dan agama, ditambah lagi dengan kepelbagaian ideologi politik,
telah menyebabkan kesatuan atau perpaduan ini semakin hari semakin goyah, dek
hasutan mereka yang tidak bertanggungjawab.
Bangsa Melayu terutamanya, semakin
hari semakin kusut dengan pertentangan dan perbezaan ideologi politik sempit
dan perkauman. Ini sangat membahayakan kesatuan bangsa Melayu. Masing-masing
masih tidak mahu bertolak ansur meninggalkan titik bengik demi perpaduan
Melayu.
Mereka asyik mementingkan politik
masing-masing. Kita mengharapkan, parti-parti politik dikalangan bangsa Melayu
memikirkan persoalan yang besar ini. Jika mahu melihat bangsa Melayu menjadi
empayar,sekali lagi. Para pimpinan bangsa Melayu harus sedar dan memikirkan
masa hadapan bangsa Melayu ini, namun tidaklah sampai mengkesampingkan bangsa
lain.
Namun keutamaan luruskan saf atau
barisan bangsa Melayu jika mahu terus unggul seperti pada masa lalu. Melayu
dengan agama Islam tidak boleh dipisahkan seperti yang termaktub dalam
perlembagaan, ia sangat signifikan sewajarnyalah pimpinan bangsa Melayu, baik
dari politik mana pun mengambil perkara ini sebagai keutamaan. Sampai bila
harus bersengketa? Dan sampai bila asyik lena di siang hari?. Penulis atau
penyair sudah memberikan tunjuk caranya…sedarlah bangsaku…
Nah, cuba hayati puisi ini
keseluruhannya, satu ajakan yang sangat baik dan harus diambil perhatian oleh
semua orang, terutamanya bangsa Melayu;
Mari kita luruskan saf penyatuan
Yang semakin membengkok
Yang semakin rapuh
Bagaikan ular dipukul dipalu.
Mari kita rapatkan saf perpaduan
Yang semakin renggang
Yang semakin berpecah
Tiada lagi kekuatan bertahan
Musuh mudah menyerang
Dari depan mahupun dari belakang
Akhirnya tumbang kesemuanya.
Mari kita bangkit dari lena siang hari
Umat Melayuku umat Islamku
Saf keagamaan kita perlu diluruskan
Sejadah keluhuran perlu dibentangkan
Agar segala harta kita terjaga
Tidak terampas secara sedar
Agar paying bahasa kita terus
berkembang
Agar roda ekonomi kita terus berputar
Kembali umat kita mengikat tali
kekuatan.
Nah, apa lagi yang mahu dimenungdan
difikirkan duhai pemimpin bangsa Melayuku, bersatulah demi agama, bangsa dan Negara.
Puisi di atas cukup menyedar dan menginsafkan jika kita mahu mengambil
ibrahnya.
Walaupun ia sebuah buku puisi kumpulan
untuk remaja, namun secara pribadi sebagai pembaca, saya berpendapat
puisi-puisi yang terkandung di dalam buku ini juga releven dibaca oleh orang
dewasa. Mesej-mesejnya juga sangat baik, ada mesej bahasa, perpaduan, patriotism,
pengorbanan dan sebagainya.
Rasanya cukup sekadar ini yang saya
dapat ulas dari sekian banyak puisi yang terkandung di dalam buku ini, yang
sempat saya ulas dari kefahaman saya sebagai pembaca. Sebenarnya banyak lagi
puisi-puisi yang baik dan sangat menarik untuk diutarakan di sini, selebihnya
khlayak boleh mendapakanya terus dari penulisnya sendiri atau dari
gedung-gedung buku yang berdekatan dengan tempat mereka.
Akhirnya, saya mengucapkan syabas buat
penulis dan penyair Cikgu Helmi Ahmad, dengan lahirnya buku ini, maka
bertambahlah khazanah yang sungguh berharga buat dunia sastera tanah air
tercinta kita, juga ia akan menjadi bahan tatapan untuk generasi akan datang.
Semua ini dilakukan kerana niat untuk memandaikan khalayak, saya sebagai
pembaca yakin semua penulis mempunyai hati nurani yang sebegitu.
Syabas dan tahniah sekali lagi buat
penulis dan penyair Cikgu Helmi Ahmad. Maaf lambat dalam menulis ulasan buku
ini.
Sekian.
Comments
Post a Comment