Pro Dan Kontra: Novel Kontroversi Pantai Kasih KOMSAS
Beberapa minggu ini, dunia sastera kita dikejutkan dengan sebuah novel KOMSAS EDISI PELAJAR. Novel yang bertajuk 'Pantai Kasih' mengundang kontroversi, kerana dikatakan, kandungannya tidak sesuai untuk para pelajar.
Ada yang pro dan kontra. Saya tertarik dengan perbincangan yang terdapat di status seorang penulis di muka buku beliau. Ia telah mengundang polemik...apa kesudahannya...Kita masih tidak lupa lagi dengan novel Interlok...
Saya 'Copy Paste' perbincangan tersebut tanpa mengubah apa-apa pun yang terdapat dalam perbincangan tersebut. Sahabat boleh membacanya. Moga ada manfaat yang diperolehi.
Fikir-fikirkan...



ORANG KITA, SIKAP & SAMPAH
Setelah sekian banyak komentar yang
dikemukakan terhadap novel 'PANTAI KASIH' saya rasa terpanggil untuk menulis.
Dan, tulisan ini bukan bersifat peribadi. Saya tidak kenal pun pengarangnya dan
tidak ada kepentingan di mana-mana pihak. Saya bukan pemilih dan tidak penerbit
novel ini.
Saya tidak mahu ungkit pelbagai komen
atau pandangan masyarakat Malaysia yang berbudi dan sangat Islamik ini. Saya
cuma ingin memberi satu garis kasar syarat pemilihan KOMSAS supaya masyarakat
kita faham dan ambil maklum bahawa dalam pemilihan teks, tiada konsep 'tangkap
muat' sebaliknya proses tersebut melibatkan beberapa peringkat.
Pertama: satu iklan untuk penerbit
menghantar buku terbitan mereka ke Kementerian bagi tujuan pemilihan,
diwartakan di akhbar perdana Malaysia.
Kedua: buku-buku direkodkan.
Dipanggil beberapa kumpulan pelajar dan guru untuk menyaring dan proses
saringan ini dibuat beberapa kali. Dari ribuan buku yang diterima itu hinggalah
ke jumlah yang tertentu untuk dibuat proses seterusnya.
Ketiga : proses penelitian. Peringkat
ini dibuat berkali-kali tanpa prajudis kerana para pemilih akan mencari
kewajaran sesuatu karya itu dipilih. Para penilai ini pula dipilih dari
pelbagai bidang kemahiran bukan cuma guru sastera. Ada guru kaunseling,
pensyarah psikologi, pensyarah nilai dan sebagainya.
Empat : pemilihan. Novel yang telah
diteliti dan dipilih itu sekali lagi diteliti dengan lebih rinci oleh beberapa
panel lain. Dibahas dan diberi sebab pemilihan. Antara ciri yang dilihat; karya
itu memenangi hadiah pertandingan, siapa penulis tanpa mengketepikan kekuatan
karya.
Kelima : penilaian. Inilah saat
paling kritikal. Para penilai 'dikurung' di dalam dewan penilaian. Borang
disediakan untuk mencatat kekurangan @ keistimewaan karya yang dinilai. Dibahas
dan dipertimbangkan mengikut kumpulan tertentu. Kumpulan ini dipecahkan
mengikut tahun misalnya kumpulan tingkatan satu, dua dan seterusnya.
Ya, begitulah rumitnya proses
pemilihan satu-satu karya. Jadi jika ada yang mengatakan panel tak baca, tak
teliti, tak itu tak ini, itu fitnah. Proses pemilihan bukan dibuat sebulan dua
tetapi makan tahun. Dan, bertahun-tahun juga para panel ini 'gila' terkurung
dan membaca mengalahkan pelajar universiti yang nak masuk 'exam'.
Rasionalisasi karya negatif dipilih?
Bukan kali pertama karya negatif dipilih untuk kegunaan pelajar melalui KOMSAS. Misalnya cerpen 'virus zel untuk abah' juga pernah kontraversi tetapi mungkin nasib baik kerana pada masa itu Zukenberq belum beridea untuk 'creat' fb. Persoalannya, kenapa?
Bukan kali pertama karya negatif dipilih untuk kegunaan pelajar melalui KOMSAS. Misalnya cerpen 'virus zel untuk abah' juga pernah kontraversi tetapi mungkin nasib baik kerana pada masa itu Zukenberq belum beridea untuk 'creat' fb. Persoalannya, kenapa?
Jawapannya: pembelajaran itu boleh
saja berlaku dalam mana-mana sisi, kan? Negatif atau positif. Rasional
karya-karya negatif dipilih antaranya termasuklah memurnikan pemikiran pelajar
semasa proses pembelajaran. Tak baik, jangan buat. Hal buruk kita jadikan
sempadan. Hal baik dalam novel belum tentu boleh menjamin pelajar jadi baik.
Buatlah kajian kalau kalian rasa, takwil kalian itu benar. Jadi, jangan
sempitkan fikiran tentang hal negatif. Teremosi dan mengiakan pendapat kawan.
Nak jahat caranya banyak. Porno, kawan, jenayah di hujung jari.
Perenggan yang diuar-uarkan itupun
jika diteliti tidak lebih dari satu gambaran pembelajaran biologi. Bukan
perincian perlakuan seks. Ada kalian jumpa perkataan 'raba, peluk, cium, usap,
kucup, tarik tangan ke katil, buka baju, terkulai, letih dan seribu satu macam
perkataan yang boleh merangsang nafsu?
Pada saya, hal itu masih bermoral.
Saya perhatikan, yang memberi komen tentang Pantai Kasih ini bukan
calang-calang orang. Tetapi komen itu sedikit sekali yang positif. Orang tua
pernah sebut, tak tahu menari dikatanya lantai jongkang jongkit. Bila Melayu
akan sedar diri? Bila Melayu akan cerdik? Tahu tulis tak tahu makna. Tahu
bshasa tak tahu erti.
Saya buat cakap-cakap bahasa tak datang.
Saya panggil tokoh cakap tentang RETORIK (disiplin gunaan bahasa) tak reti nak
merai. Kita masak bercupak bergantang ingatkan janji kawan-kawan. Bayangpun tak
nampak, jangankan tuan. Inilah bangsaku. Cakap tak serupa bikin.
Malu aku jadi Melayu!
UP Dr Shamsul
Rahman Puan Sri Diah Shaharuddin, Puan Ayza Zai,Ainaa
Mardhiah, Cikgu Ariki Aizawa, Cikgu Engku
Muzahadin, Dr Nik
Rafidah Nik Affendi, Haji Zulkifli Mat
Nasir, Tuan Haji Dinsman Shamsudin
Osman dan yang tak pernah baca Pantai Kasih tapi bergebang
macam dia editor.
Asmah Hashim, Novelist Haiza Najwa dan 79 yang lain sukakan ini.
Komen
Siti Hawa Zainal Sejak dulu karya dia
sy tak gemar. Byk unsur bgtu. Apatahlagi dijdkn teks. Nak tarik...wah jutaan
ringgit lebur
Suka · Balasan · 4 · Semalam pada pukul 6.11 pagi
Ana Balqis Datin, saya tak boleh
komen panjang hal tu. Saya cuma mahu menulis keadaan sebenar proses pemilihan.
Bukan semberono sbb ada kata panel tak baca. Meneka mcm² jadi, saya bagitaulah
situasi sebenar.
Suka · Balasan · 1 · Semalam pada pukul 12.48 ptg
Shamsul Rahman Tunggu serangan nasi
kerabu kul 4-5
Suka · Balasan · 1 · Semalam pada pukul 12.49 ptg

Tulis balasan...
Qismina Quraisyya Sofia Sekian byk
teks sastera yang ada, yang ada pembelajaran biologi juga yang dipilih?
Suka · Balasan · 1 · Semalam pada pukul 6.48 pagi
Ana Balqis Cikgu Qismina Quraisyya Sofia, itu juga yg
dipersoalkan oleh byk pihak tetapi untuk pengetahuan semua; memang banyak teks
sastera tetapi yg dinilai hanya yg dihantar oleh penerbit kpd kementerian
selepas diiklankan.
Juga diambil kira tahun terbitan iaitu tak lebih dari 10 tahun drp tahun pemilihan. Apakah guru-guru @ ibu bapa @ org awam tahu ini?
Juga diambil kira tahun terbitan iaitu tak lebih dari 10 tahun drp tahun pemilihan. Apakah guru-guru @ ibu bapa @ org awam tahu ini?
Suka · Balasan · 2 · Semalam pada pukul 8.39 ptg · Telah disunting
Shamsul Rahman Nasi kerabu budu
Suka · Balasan · 1 · Semalam pada pukul 1.01 ptg
Rahman Shaari Untuk Cikgu Qismina
Quraisyya Sofia. Adalah baik jika terdapat ilmu biologi, atau seksologi dalam
sesebuah novel. Ilmu bantu namanya. Ilmu biologi/seksologi dalam Pantai Kasih
disertai pengajaran yang bermakna, iaitu wanita disedarkan wujudnya lelaki
berjenis sadis. Azmah Nordin dengan bijaksana telah menamakan lelaki sadis itu
Doktor Sadiz. Doktor Sadiz melayani isterinya dengan buruk sekali, dan seorang
anak ' istimewa ' dilahirkan hasil perhunungan yang tidak bertamadun itu. Sadiz
memang durjana, dan Azmah menghukumnya dengan berlakunya kemalangan, dan Doktor
Sadiz mati. Saya dapati, ada kehalusan dalam perwatakan dan peristiwa demikian.
Azmah menyebelahi wanita dalam kehidupan yang tidak adil akibat dominasi lelaki
kejam.
Suka · Balasan · 2 · Semalam pada pukul 8.28 ptg
Ana Balqis Dato Rahman Shaari, kebanyakan yg komen tak baca PK
pun. Baca yg disedut tu je. Ini masalah org kita.
Suka · Balasan · 1 · Semalam pada pukul 8.41 ptg
Rahman Shaari Ana Balqis. Dalam hal
ni saya jawab dalam Bahasa Jerman: Biaq pi! Sdri tau, oleh sebab berusia (bukan
tua) saya membaca banyak sekali teks yang terpilih sejak sastera elektif
dulu-dulu.Sekarang ni zaman media sosial/alternatif, maka setiap orang menjawab
cepat-cepat. Sebagai pemikir, cuba Ana Balqis fikir akibat menjawab sesuatu
dengan cepat-cepat. Dulu saya berbahas (polemik) dengan Awang Saryan, Azizi Hj
Abdullah, Rahim Abdullah, bahkan dengan Shahnon Ahmad pun ada sikit. Oleh sebab
tak ada media sosial, maka sesuatu yang ditulis dalam majalah Mastika JANUARI,
kita jawab dalam Mastika FEBRUARI. Sempat AMBIL MASA untuk berfikir
halus-halus.
Suka · Balasan · 1 · Semalam pada pukul 9.36 ptg
Qismina Quraisyya Sofia Kak Ana Balqis...pihak guru selalu dikesampingkan
dalam hal2 begini, kami dikehendaki "terima" saja apa yang disuakan.
Qismina Quraisyya Sofia Tuan Rahman
Shaari...terima kasih atas ulasan membina. Hal ini mengingatkan saya pada novel
sephora suatu masa dulu.
Wan Buanan Wan Hussain Adakah
perkara-perkara berkait dengan biologi suatu tabu kepada masyarakat kita
menyebabkan kita tidak boleh bercerita apatah lagi menulis mengenainya untuk
dibaca oleh orang lain, khasnya pelajar?
Oh, hang belajaq pi la sendiri. Nanti pandai la tu kan?!
Oh, hang belajaq pi la sendiri. Nanti pandai la tu kan?!
Ana Balqis Wan, itulah masyarakat
kita. Minum arak mabuk sampai terlentang tertonggeng, kaki pempuan, judi,
dadah, pukul bini, dera anak, rasuah, tipu orang 360 darjah ... semua takpa.
Biasa katanya tapi jangan makan BABI.
Islam mana yg depa ikut tu?
Islam mana yg depa ikut tu?
Suka · Balasan · 15 hrs · Telah disunting
Ana Balqis Qismina Quraisyya Sofia, guru-guru tak pernah
dikesampingkan, dipinggir @ dilupakan. Dlm pemilihan komsas, gurulah yg
memainkan peranan. Guru-guru dijemput dari seluruh negara. Merekalah tulang
belakang komsas.
Guru-guru yg memilih kerana mereka tahu, karya bagaimana yg sesuai utk pelajar. Tetapi tentulah mustahil kementerian memanggil semua guru dalam proses menilai karya utk kegunaan komsas. Jumlah guru bukan sedikit dan belanja mengurus kementerian tak besar manapun.
Kakna difahamkan, para panel tidak pernah dibayar satu sen sebagai panel ini. Semuanya buat demi tanggungjawab. Jadi tak timbul guru dikesampingkan.
Guru-guru yg memilih kerana mereka tahu, karya bagaimana yg sesuai utk pelajar. Tetapi tentulah mustahil kementerian memanggil semua guru dalam proses menilai karya utk kegunaan komsas. Jumlah guru bukan sedikit dan belanja mengurus kementerian tak besar manapun.
Kakna difahamkan, para panel tidak pernah dibayar satu sen sebagai panel ini. Semuanya buat demi tanggungjawab. Jadi tak timbul guru dikesampingkan.
Suka · Balasan · 15 hrs · Telah disunting
Qismina Quraisyya Sofia Secara pukul
ratanya kak Ana Balqis... inilah nasib guru selalu
dikesampingkan dalam apa jua dasar, kadang mereka yang duduk dalam bidang
keguruan saja yang tahu hal "sebenar".
Ana Balqis Melepaskan kesal lain dlm
situasi ini kurang tepat, sayangku. Apa yg berlaku ini bukan hal pilih kasih
atau karya drp penulis hebat tetapi itulah karya yg dipilih panel penilai yg
terdiri drp guru-guru dan pensyarah juga org² tertentu yg dijemput khas.
Suka · Balasan · 12 hrs · Telah disunting
Qismina Quraisyya Sofia Tiada apa yg
dikesalkan kak Ana Balqisibarat kata alah bisa tegal biasa.
Tidak timbul soal pilih kasih ke pilih karya ke atau apa2 kepentingan lain. Yg
diluah hanya pandangan...barangkali mewakili sisi pandang seorang guru biasa.

Tulis balasan...
Asmah Jendul Maklumat yang baik, ...
mereka yg mengkritik 'macam' editor yg tidak terjangkau ilmunya...
Suka · Balasan · 2 · Semalam pada pukul 7.22 pagi
Ana Balqis Che As, ramai yg kata
panel takde kredibiliti, buat kerja cincai. Ingat dpt suka² sebab lepas dari
beban mengajar di sekolah. Dpt elaun lagi. Tapi hakikatnya; panel² ni tak dpt
elaun apapun. Kalau mesyuarat dibuat di KL, tol dan petrol dibayar
sendiri oleh panel.
Penelitian dibuat dari jam 9 pagi sampai jam 11 malam setiap hari selama seminggu. Itupun masih dikecam konon tak bertanggungjawab. Bagaimana mengukur pertanggungjawaban tu?
Ingat cuma anak kita baca & guna buku tu? Panel² ni takde anak? Sedara mara dan sahabat handai takde anak? Jgn ingat semua panel tu mandul tak berzuriat. Takkan nak pilih buku yg karut utk anak sendiri.
Penelitian dibuat dari jam 9 pagi sampai jam 11 malam setiap hari selama seminggu. Itupun masih dikecam konon tak bertanggungjawab. Bagaimana mengukur pertanggungjawaban tu?
Ingat cuma anak kita baca & guna buku tu? Panel² ni takde anak? Sedara mara dan sahabat handai takde anak? Jgn ingat semua panel tu mandul tak berzuriat. Takkan nak pilih buku yg karut utk anak sendiri.
Suka · Balasan · 2 · Semalam pada pukul 2.07 ptg · Telah disunting

Tulis balasan...
Putraery Ussin Terima kasih kakna...
maklumat dan ilmu yg berguna utk sy cikgu kerdil nak mengajaq ni...
Suka · Balasan · 1 · Semalam pada pukul 8.00 pagi
Ana Balqis Cikgu Putraery Ussin adikku, kementerian ada
modul pnp, kan? Itu boleh dijadikan panduan. Kreativiti itu hak guru.
Sejak merdeka kita ajar yg baik-baik. Sejak zaman Adam Islam mengajar yg baik² tapi mengapa masih ada yg jahat? Boleh faham, kan?
Sejak merdeka kita ajar yg baik-baik. Sejak zaman Adam Islam mengajar yg baik² tapi mengapa masih ada yg jahat? Boleh faham, kan?
Suka · Balasan · 2 · Semalam pada pukul 2.00 ptg · Telah disunting
Putraery Ussin Ya kandaku... adinda
paham...
Suka · Balasan · 1 · Semalam pada pukul 3.22 ptg
Ana Balqis Orang bijaksana boleh
tukar batu jadi intan tapi org kurang akal selalu kata begitu begini. Bahas itu
bahas ini. Akhirnya, intanpun jadi batu.
Suka · Balasan · 2 · Semalam pada pukul 3.33 ptg
Putraery Ussin Kan.... sy buat buku
rujukan utk novel tu kanda... hihi
Suka · Balasan · 1 · Semalam pada pukul 4.04 ptg
Ana Balqis Cari ruang, kita buat
cakap² novel dan pemikiran dalam novel di MRSM. kakna pi sana.
Suka · Balasan · 1 · Semalam pada pukul 4.22 ptg
Putraery Ussin Yeaaa... nanti sy
tanya dbp utara n hq...
Suka · Balasan · 1 · Semalam pada pukul 4.25 ptg
Wan Buanan Wan Hussain Mari Kuate la
kak dio
Ana Balqis Buatlah bengkellah, adik
wei. Mana² pun buleh. Kak tadok halangan. Nokwi sokmo kongsi pengalaman.
Putraery Ussin Cg Wan Buanan Wan Hussain molek tu. Jom2
buat kat kuantan.
Wan Buanan Wan Hussain Molek molek
Ana Balqis Nok sgt ni bincang dgn
guru² hebat ni ...buatlah.

Tulis balasan...
Hasri Hasan Manusia belajar untuk
jadi manusia daripada pelbagai cara. Ilmu dunia itu luas dan manusia harus
belajar semua bidang.
Jika tidak didedahkan di sekolah, manusia akan tahu dari sumber yang lain juga.
Kemahiran yang perlu diajar kepada anak-anak kita ialah kemahiran untuk menilai mana yang baik dan mana yang boleh dijadikan sempadan.
Jika tidak didedahkan di sekolah, manusia akan tahu dari sumber yang lain juga.
Kemahiran yang perlu diajar kepada anak-anak kita ialah kemahiran untuk menilai mana yang baik dan mana yang boleh dijadikan sempadan.
Suka · Balasan · 3 · Semalam pada pukul 9.19 pagi
Ana Balqis Tuan Hasri Hasan, saya pernah berimaginasi dan
membentangkan imaginasi itu dengan para panel pemilih komsas yang sudah pening
berhadapan dengan teks.
Imaginasi saya ; sekolah realiti dalam pagar. Ada semua benda. Pelajar bebas memilih. Nak @ taknak ke sekolah tak ada hukuman atau surat apa-apa kecuali telah sampai ke garisan tertentu yang ditetapkan. Diletakkan juga segala agen perosak dalam pagar itu.
Kita cuba sepuluh tahun. Bermakna satu sirkulasi pembelajaran manusia normal. Dan tengok hasilnya memandangkan lebih 50tahun merdeka, segala macam kebobrokan masih berlaku walhal tak ada diajar subjek songsang melainkan yang baik dan murni.
Oleh itu, saya amat bersetuju dengan pandangan tuan.
Imaginasi saya ; sekolah realiti dalam pagar. Ada semua benda. Pelajar bebas memilih. Nak @ taknak ke sekolah tak ada hukuman atau surat apa-apa kecuali telah sampai ke garisan tertentu yang ditetapkan. Diletakkan juga segala agen perosak dalam pagar itu.
Kita cuba sepuluh tahun. Bermakna satu sirkulasi pembelajaran manusia normal. Dan tengok hasilnya memandangkan lebih 50tahun merdeka, segala macam kebobrokan masih berlaku walhal tak ada diajar subjek songsang melainkan yang baik dan murni.
Oleh itu, saya amat bersetuju dengan pandangan tuan.
Suka · Balasan · 2 · Semalam pada pukul 2.30 ptg
Hasri Hasan Jika kita lihat diri kita
sendiri sahaja, kita juga belajar banyak kebobrokan dunia tapi kita belajar
dari mana?
Masyarakat kita terlalu mencipta tempurung kaca di kalangan generasi muda kita. Saya risau jika kanak-kanak ini belajar atau dapat ilmu bobrok itu dari sumber yang tiada bimbingan. itu lebih buruk.
Masyarakat kita terlalu mencipta tempurung kaca di kalangan generasi muda kita. Saya risau jika kanak-kanak ini belajar atau dapat ilmu bobrok itu dari sumber yang tiada bimbingan. itu lebih buruk.
Suka · Balasan · 2 · Semalam pada pukul 5.36 ptg
Ana Balqis Ya...itulah yg cuba diaplikasi
oleh para panel komsas. Kita bentangkan kejelikan itu dengan pemantauan dan
bimbingan. Bukan kita lepaskan mereka bebas mentafsir tetapi dengan bantuan dan
seliaan guru.
Jika kita buat kajian, berapa peratus yang baca teks komsas berbanding buku fixie? Guru-guru memberitahu berdasarkan pengalaman mereka, tak sampai separuh kelas yg membaca teks komsas. Mereka baca ulasan sahaja.
Jadi, buku, penerbit atau komsas yang salah jika anak kita tak jadi orang?
Jika kita buat kajian, berapa peratus yang baca teks komsas berbanding buku fixie? Guru-guru memberitahu berdasarkan pengalaman mereka, tak sampai separuh kelas yg membaca teks komsas. Mereka baca ulasan sahaja.
Jadi, buku, penerbit atau komsas yang salah jika anak kita tak jadi orang?
Suka · Balasan · 23 hrs · Telah disunting

Tulis balasan...
Novelist Haiza Najwa pada saya satu
saja, lucah tetap lucah. Kalau dalam subjek sains diajar pun sudah
tertunduk-tunduk malu, terlalu open, inikan karya sastera. Kalau hendaklah
disebut karya sastera. Biarpun 100 kriteria pemilihan KOMSAS , penilainya tetap
manusia and human errs. Pada saya yang telah membaca bhg itu, ia amat
menjijikkan. Kenapa? kerana manusia diberi daya imaginasi. Dan imaginasi para
pelajar sekarang banyak yg sampah. Kalaulah membenci karya begini dikata
pemikir sampah. Iya, DAKU REDO.
Suka · Balasan · 7 · Semalam pada pukul 9.56 pagi
Ana Balqis Che Wa. apa maksud lucah?
Teliti balik bahagian yg di'printscreen' tu. Baca keseluruhan novel dan fahami
dulu. Kalau baca bahagian yg dihebohkan je, mcm mana kita nak adil Che Wa.
Suka · Balasan · 1 · Semalam pada pukul 2.42 ptg · Telah disunting
Novelist Haiza Najwa tak apa. I dah
lakukan apa yg patut I lakukan. Pada I itu fardu kifayah juga. Apapun, tak
melunturkan sayang I pada you.
Suka · Balasan · 2 · Semalam pada pukul 2.42 ptg
Ana Balqis Che Wa, boleh datang rumah
Che Na @ kita minum². Bincang depan². Che Na tak boleh halang Che Wa menerima
pandangan Che Na tapi kurang-kuranya Che Wa faham maksud tulisan Che Na.
Novelist Haiza Najwa if you suggest
me to reread, the answer is a sure no no. I kata tak apalah. we all have our
own stand right? Albeit all, I sayang u
Jika kau cadangkan saya untuk baca semula, jawapannya adalah tidak, yang
pasti. Aku kata tak apalah. Kita semua mempunyai sendiri kita berdiri kan?
Albeit semua, aku sayang uDiterjemah secara Automatik
Suka · Balasan · 1 · Semalam pada pukul 4.42 ptg

Tulis balasan...
Syaharbanu Abd Wahab Thn 80an novel
*SEORANG TUA DIKAKI GUNUNG* penuh dgn mesej kekeluargaan.
Suka · Balasan · 6 · Semalam pada pukul 2.36 ptg
Ana Balqis Setuju puan. Karya penulis
dulu sarat nasihat dan pengajaran tetapi sukar utk panel mencari karya begitu
skg.
Suka · Balasan · 2 · 22 hrs · Telah disunting

Tulis balasan...
Brader Jebat Nampak gaya, bukan lagi
sekadar pemikiran kritis dan kreatif. Mungkin juga akan jadi pemikiran
lateral Emotikon smile
Suka · Balasan · 1 · Semalam pada pukul 2.54 ptg
Ana Balqis Terpulang utk kita namakan
apapun tapi ingat pesan Khalifah Umar, didiklah anakmu mengikut zamannya.
Suka · Balasan · 2 · Semalam pada pukul 3.54 ptg · Telah disunting

Tulis balasan...
Liza Bujang Kalau banding kita berdua
saya baru betul tak kenal azmah nordin. Tapi hari tu nampak awak komen
menyokong dan memujuk. Ertinya kenallah. Sama penulis mesti kenal. Bila isu
pantai kasih semua dsh kenal. Lucah tak semestinya digambarkan raba cium
peluk tetapi umur 16 tahun dah tahu bahasa saintifik itu ke arah lucah.
Sembrono. Esok2 sesiapa nak elak bukunya nampak cabul dan lucah boleh buka buku
sains dan guna istilah saintifik. Nampak cantik bunyinya dan tak lucah. Tapi
yang berakal tahu apa maknanya. 16 tahun .....kesal.
Suka · Balasan · 3 · Semalam pada pukul 3.54 ptg
Ana Balqis Puan Liza Bujang, saya
cuma kenal Azmah Nordin pada nama. Saya tak pernah bersapa atau bertemu
mukapun. Saya bukan sokong @ dokong tapi saya memberi justifikasi. Memberitahu
antara sebab novel itu dipilih walaupun bukan saya memilihnya.
Puan boleh kesal berapa tahunpun sebab setiap kita ada peranan masing². Menyalahkan orang mudah saja. Sayapun boleh menulis memburukkan siapa yg saya mahu tetapi itu kehendak sebenar kita? Tidak, kan?
Puan boleh kesal berapa tahunpun sebab setiap kita ada peranan masing². Menyalahkan orang mudah saja. Sayapun boleh menulis memburukkan siapa yg saya mahu tetapi itu kehendak sebenar kita? Tidak, kan?
Rahman Shaari Saya bersetuju dengan
Ana Balqis yang membela sesuatu yang difahami. Untuk dipersetujui oleh sesiapa
yang sejak awal bersedia tak bersetuju, susah. Jika Ana Balqis mantan murid
yang sealiran dengan guru, cuba fahami ini. Saya tahu siapa gurumu. Bicara
apa-apa pun adalah political. Jika seseorang mengatakan "Parti Hati
Bersih" itu bagus, maka baguslah baginya. Jika pihak lawan sudah bersedia
untuk mengatakan "Parti Unta Melengung" bagus, maka bagus juga
baginya. Pemilihan buku teks sama dengan pemilihan parti dalam pilihan raya.
Ada orang bertanya, TAK ADA KE PARTI YANG LEBIH BAIK? Jawapan: TENTULAH ADA,
TAPI YANG INI TERPILIH! Begitulah juga dalam hal pemilihan buku teks. Lebih 100
karya yang setanding dengan PANTAI KASIH, tapi PANTAI KASIH terpilih. Alasannya
banyak, salah satu daripadanya: Buku yang baik itu tidak dikemukakan ke meja
panel. Bagi saya, PANTAI KASIH dapat 85%.
Suka · Balasan · 2 · Semalam pada pukul 8.41 ptg
Liza Bujang Sebagai guru sains, kalau
Puan Ana kata tidak ada perkataan peluk dan cium, marilah ke kelas sains saya.
Bagaimana saya memikirkan untuk mengajar anak-anak dengan cara lembut dan halus
supaya hati anak anak ini tidak terkesan dengan bahasa yang dianggap lucah.
Walau pengguna kata kata saintifik sekali pun, anak anak sudah memahami kerana
dari tahun 4 anak ini sudah dibiasakan dengan terma sains. Jadi apakah di dalam
novel ini tentang hubungan jenis ditukar kepada terma sains kepala anak anak
kita akan menjadi 'suci'
Suka · Balasan · 1 · Semalam pada pukul 8.59 ptg
Liza Bujang terma sains bukan
menghalalkan cerita, seperti niat menghalalkan cara. Kita sedang diserang
dengan novel novel lucah di luar sana, dengan perkataan yang kadangkala tidak
kita sangka sama sekali, bagaimana boleh kita benarkan cerita yang sebegini
dipaksa masuk ke kepala pelajar kita. Paling kurang buku lucah atau cabul tidak
semua pelajar meminati tetapi buku ini anak anak tingkatan 4 harus membacanya.
Suka · Balasan · 1 · Semalam pada pukul 9.01 ptg
Liza Bujang saya fahami perasaan ibu
bapa yang mengajar anak anak tata susila, bahasa yang lembut, tidak ada
hubungan seks sebelum pernikahan tetapi disekolah anak anak dipaksa membaca
karya begini. Adakah anak anak ini mempunyai pilihan? Apakah sampah seorang ibu
yang tidak mahu anaknya membaca karya pantai kasih?
Suka · Balasan · 2 · Semalam pada pukul 9.02 ptg
Ana Balqis Cikgu Liza, cuba baca
pandangan seorang tokoh perbukuan negara ini. Beliaupun ada anak macam kita.
Ini katanya;
Manusia belajar untuk jadi manusia daripada pelbagai cara. Ilmu dunia itu luas dan manusia harus belajar semua bidang.
Jika tidak didedahkan di sekolah, manusia akan tahu dari sumber yang lain juga.
Kemahiran yang perlu diajar kepada anak-anak kita ialah kemahiran untuk menilai mana yang baik dan mana yang boleh dijadikan sempadan.
Manusia belajar untuk jadi manusia daripada pelbagai cara. Ilmu dunia itu luas dan manusia harus belajar semua bidang.
Jika tidak didedahkan di sekolah, manusia akan tahu dari sumber yang lain juga.
Kemahiran yang perlu diajar kepada anak-anak kita ialah kemahiran untuk menilai mana yang baik dan mana yang boleh dijadikan sempadan.
Suka · Balasan · 15 hrs · Telah disunting
Ana Balqis Saya bukan cari sokongan,
bukan menafi apa yg cikgu hujahkan tapi saya cuma nak cakap; kalau cikgu anggap
buku tu buku lucah, tapi yang lucah itu akan dibincangkan dlm kelas. Cikgu akan
menerangkan buruk baiknya. Akan memperkatakan sisi positif negatifnya perlakuan
begitu. Ada mentor bukan bermaksud mentor buat maksiat. Mentor memahami
perilaku manusia dan memahami karya tersebut.
Ana Balqis Daripada anak² baca buku
lucah di luar sana tanpa pengetahuan kita, tengok klip video yg boleh didapat
dgn harga serendah dua ringgit, apakah membaca satu muka surat itu novel Pantai
Kasih dengan adanya pengawasan drp guru itu, lebih bahaya?
Terpulanglah pada cikgu untuk memahami.
Terpulanglah pada cikgu untuk memahami.
Liza Bujang Ana Balqis Mahukah kami para guru dilihat
sebagai pembenar kata lucah. Dimanakah reputasi seorang guru? Apakah esok Allah
tidak menyoal saya? Inilah orang kita yang maksiat sedikit itu tak apa...mana
ibubapa mahu unsur buruk disogok pada anak2. Marah orang melayu sedangkan diri
sendiripun sama. Kita ni benda maksiat seboleh mungkin elakkan. Mencegah lebih
baik dari merawat. Rasanya jika kpm menggubal semula panel pemilihan kena ada
orang yang benar2 layak buat pemilihan dan bukan yang ada kepentingan sendiri.
Saya tak bermusuh dengan penulis tetapi jika karyanya boleh merosakkan saya
tegur.
Liza Bujang Kita semua ada
tanggungjawab, saya penduduk mengharapkan penulis menulis yang baik baik
mengenai keindahan dunia, memberi kesedaran betapa pentingnya mengasihani orang
lain, kita sudah sesak dengan pelbagai masalah seharusnya kita berganding bahu
tetapi yang berlaku sebaliknya. Guru dibeban dengan tugas menerangkan yang
bukan tugasnya. Banyak lagi kerja cikgu berbanding nak ajar murid hal lucah ini..jadi
penulis jangan sewenangnya lepas tangan bila impak negatif muncul hasil dari
penulisannya. Lagi satu pantai kasih ini merendahkan kerjaya hospital. Mereka
tu bukan sedikit jasanya pada kita semua.
Ana Balqis Terpulang pada cikgulah.
Saya bukan penulis itu, saya bukan panel pemilih itu, saya bukan guru itu. Saya
cuma ingin mencari jln tengah yg terbaik. Cikgu sukar menerima pandangan kami
terserah. Mohon maaf jika cikgu rasa pandangan saya keterlaluan.
Sebagai seorang pensyarah, saya mengajar tanpa letih. Saya buat pengurusan, saya berceramah ke hulu hilir, meting sana sini dan tanggung jawab sosial sedaya upaya cuba saya penuhi.
Saya tak pernah bosan untuk berkongsi pengalaman dgn khalayak kecil @ dewasa saya. Sedaya usaha cuba membuka minda anak bangsa saya agar ingat kita dikejar, dihambat kiri kanan. Kalau isu satu muka surat kita debat dan begitu payah terima pendapat org, sedang bangsa lain dah terbang ke langit dgn yakin Allah itu satu, kita ni apa?
Wasallam.
Sebagai seorang pensyarah, saya mengajar tanpa letih. Saya buat pengurusan, saya berceramah ke hulu hilir, meting sana sini dan tanggung jawab sosial sedaya upaya cuba saya penuhi.
Saya tak pernah bosan untuk berkongsi pengalaman dgn khalayak kecil @ dewasa saya. Sedaya usaha cuba membuka minda anak bangsa saya agar ingat kita dikejar, dihambat kiri kanan. Kalau isu satu muka surat kita debat dan begitu payah terima pendapat org, sedang bangsa lain dah terbang ke langit dgn yakin Allah itu satu, kita ni apa?
Wasallam.
Suka · Balasan · 1 · 13 hrs · Telah disunting
Shamsul Rahman We r doomedLihat Terjemahan
Ana Balqis Exactly Dr Shark...Lihat Terjemahan

Tulis balasan...
Rasid Muhamad Soalnya, apakah tiada
novel lain yang lebih baik, dan tidak kontroversial untuk dijadikan
teks?..(maaf saya bukan sasterawan......)
Suka · Balasan · 5 · Semalam pada pukul 4.04 ptg
Ana Balqis Tuan Haji, ada byk novel
lain yg boleh dinilai dan dijadikan pilihan tetapi syarat kementerian, hanya yg
sah tersenarai (karya yg diterima selepas iklan) tu sahaja yg dinilai.
Mungkin novel ini bukan terbaik tetapi baik dalam kalangan yg ada.
Mungkin novel ini bukan terbaik tetapi baik dalam kalangan yg ada.
Suka · Balasan · 1 · Semalam pada pukul 4.20 ptg
Rasid Muhamad Oh...kalau
begitu.....kita perlu "menjemput" penulis untuk menghantar karya
mereka..macam, kita perlu menghantar ke Perpustakaan Negara.....untuk mendapat
skim, pembelian terus dari...penulis. (ok saya saham....)....
Suka · Balasan · 2 · Semalam pada pukul 4.29 ptg
Ana Balqis Tuan Haji dalam sektor
kerajaan, saya fikir Tuan Haji faham syarat pihak berwajib, kan? Panel tak ada
sedikitpun kuasa mencadang @ memasukkan karya lain meskipun 100% bersih dan
baik.
Suka · Balasan · 1 · Semalam pada pukul 4.35 ptg

Tulis balasan...
Amran Ibrahim Rashidi Gamaknya orang
yang komen ni jugak tak baca betul2 ulasan dalam akhbar hari ni yang jugak
merupakan wakil guru selaku penggiat sastera muda mapan, pensyarah dan jugak
bekas panel pemilihan teks KOMSAS. Wallahualam wajarkah ungkap MALU AKU JADI
MELAYU?
Suka · Balasan · 2 · Semalam pada pukul 4.42 ptg · Telah disunting
Amran Ibrahim Rashidi Hamba sangat
tidak setuju sekeras-kerasnya TAJUK ORANG KITA, SIKAP & SAMPAH ini demi
manfaat dan kebaikan bersama. Jangan hanya sebabkan sedikit perbezaan pendapat
dipukul rata ORANG KITA sehingga disamakan dengan SAMPAH...
Suka · Balasan · 3 · Semalam pada pukul 4.46 ptg · Telah disunting
Siti Aisah Murad Ana Balqis, akak ni sekarang mcm tak layak la
berada dlm kalangan peneliti mcm Ana, tak tak pernah peduli dan tak kisah nak
baca pun karya karya sastera...entah... hanya jadi pengurus sastera, bila nak
panggil Ana, salina, dr Sudin untuk jadi pembimbing bengkel kami ...malu juga
bila org kecek psl novel itu, novel ini....
Suka · Balasan · 1 · Semalam pada pukul 4.40 ptg · Telah disunting
Ana Balqis Kak Siti Aisah Murad kami bukan nak
berpolemik. Bukan nak jadi hero. Bukan nak terkenalpun. Saya cuma memberitahu
apa yang sepatutnya khalayak tahu. Kalau hal setengah halamanpun kita dah kalut
ribut, mcm mana nak tangani masalah dunia.
Aduhai...inilah bangsa kita Kak Ti. Org dah ke bulan ke bintang. Teroka planet baru, kita masih duk ckp psl komsas. Konon takut anak jadi jahat.
Atau sebenarnya kesal karya sendiri @ laki @ bini @ sedara mara sepupu sepapat tak terpilih?
Aduhai...inilah bangsa kita Kak Ti. Org dah ke bulan ke bintang. Teroka planet baru, kita masih duk ckp psl komsas. Konon takut anak jadi jahat.
Atau sebenarnya kesal karya sendiri @ laki @ bini @ sedara mara sepupu sepapat tak terpilih?
Suka · Balasan · 1 · Semalam pada pukul 7.31 ptg · Telah disunting
Siti Aisah Murad Entah la Ana Balqis... sastera ni...yg benar cantik
karyanya ...dikesampingkan..
tu yg diam diam je...tapi kalau dpt dtg umah ana, yg pasti nak mkn laksa ....hihihi...
tu yg diam diam je...tapi kalau dpt dtg umah ana, yg pasti nak mkn laksa ....hihihi...
Suka · Balasan · 1 · Semalam pada pukul 8.27 ptg
Siti Aisah Murad Naj jumpa kekwn dan
cikgu cikgu juga...
Suka · Balasan · 1 · Semalam pada pukul 8.28 ptg
Ana Balqis Yalah...susah nak ckp.
Cakap salah, tak.cakap lagi salah.
Suka · Balasan · 1 · Semalam pada pukul 8.38 ptg
Rahman Shaari Wau, Sdri Siti Aisah
Murad pun ada dalam lingkungan ni. Sdri Ana Balqis kata, ini bukan polemik.
Tapi, jika kata polemik pun tak apa. Matlamat biar jelas. Kita tunjukkan segi
ilmu yang ada dalam sastera. Jika pihak yang tak bersetuju pun
tunjukkan ilmu, kita gembiralah. Saya berpendapat PANTAI KASIH tebal
dengan ilmu dan kreativiti. Yakin sangat, dan bukan sekadar Harap sangatlah.
Siti Aisah faham. Yakin. Saya berceramah tentang buku tu , dan sediakan buku
kupasan, bukan kerana nak jual buku, tapi kerana saya suka melakukan kerja ini
demi seni dan ilmu.
Suka · Balasan · 4 · Semalam pada pukul 8.50 ptg
Siti Aisah Murad Rahman Shaari ...tak tak, saya no komen
datuk...saya tak baca pun...maaf ye...tarik diri...
Rahman Shaari Maksud saya mudah saja.
Sdri Siti Aisah memang faham, itulah sebabnya nak makan laksa .... Oleh itu,
Sdri Ana Balkis kena siapkan laksa.
Suka · Balasan · 1 · Semalam pada pukul 8.55 ptg
Rahman Shaari Akhiran polemik ini
ialah himpunan ilmu sastera aliran "baru". Saya fikir, polemik akan
memakan masa 6 bulan. Jadi, jika rajin, dapatlah disiapkan buku baru: POLEMIK
PANTAI KASIH.
Suka · Balasan · 2 · Semalam pada pukul 8.58 ptg
Ana Balqis Dato Rahman Shaari, Kak Siti, kita sedang berhadapan
dgn dunia yg penuh cabaran ilmu. Byk yg kita nafi dulu tumbuh berceratuk dpn
kita. Dulu nsk tulis perkataan se## pun takut-takut tapi sekarang mahu tak mahu
kita kena berdepan dgn hakikat, anak² kita baca buku inggeris yg jauh lebih
advance. Tapi masih mcm sebelumnya.
Aduhai ...
Aduhai ...

Tulis balasan...
Amran Ibrahim Rashidi Kak Jairah Taha, kak Siti Sara Salwana tengok tajuk dan akhir
tulisan ni ngeri walau isinya baik hehehhe...
Suka · Balasan · 3 · Semalam pada pukul 5.16 ptg
Nizamiah Muhd Nor Zmn sy...mereka yg
tertewas..best buku tu
Suka · Balasan · 1 · Semalam pada pukul 7.56 ptg
Nizamiah Muhd Nor Kena cr n bc jg lah
buku ni
Suka · Balasan · 1 · Semalam pada pukul 7.57 ptg
Ana Balqis Niza, makin hari makin
lain makanan jiwa manusia seperti mana makanan perut kita juga nampaknya. Dulu
takde ayam segera sekarang macam² jenama muncul waima goreng pisangpun dah
diperisakan dgn cheese.
Begitu jugaklah dgn bahan bacaan. Tapi masih ada yg mahu kekal dlm zaman minum air batu dlm supit plastik padahal skg org mkn eskrem dlm pasu dah...hehe. Analoginya...
Begitu jugaklah dgn bahan bacaan. Tapi masih ada yg mahu kekal dlm zaman minum air batu dlm supit plastik padahal skg org mkn eskrem dlm pasu dah...hehe. Analoginya...

Tulis balasan...
Rahman Shaari Kerana terlalu lama
saya dalam bidang ini (mengajar) , maka sesiapa yang mengatakan SEORANG TUA DI
KAKI GUNUNG bagus, atau MEREKA YANG TERTEWAS bagus, atau KELUARGA GERILYA (ini
tingkatan 6) bagus, atau TULANG-TULANG BERSERAKAN bagus, atau SENJAKALA itu
bagus [ah ada banyak lagi], saya tak rasa apa-apa. Jika dibandingkan dengan
PANTAI KASIH saya hanya mahu mengatakan KESEMUANYA BAGUS ATAS ALASAN
MASING-MASING. Itu saja.
Suka · Balasan · 2 · Semalam pada pukul 9.27 ptg
Siti Aisah Murad Zaman saya tulang2
tu datuk...mcm hafal buku tu untuk soalan petiikan...tingkatan 6 lak ..
keluarga gerilla... pun mcm hafal buku tu . .bodoh2 pun dpt A 1 Sastera spm.
Suka · Balasan · 1 · 23 hrs · Telah disunting
Rahman Shaari Sdri Aisah sedar tak,
kedua-dua buku yang saudari sebut tu ada penanda ideologi? Dalam TULANG2,
semasa Leman nak melawan pengganas, dia terfikir: Bilakah aku bermusuh dengan
mereka tu? Dalam keluarga gerilya, semasa Saaman akan ditembak, dia bertanya
dalam fikiran: Betulkah ajaran agama ni? Nak tanya Aisah: Ingat ke tak?
Siti Aisah Murad Rahman Shaari dah tak ingat la
datuk...lama dah...skrg pun dah jadi nenek...
Rahman Shaari Dulu, apabila saya baca
karya Tongkat atau karya Pram, saya cari segi sosialisme mereka. Sebab tu la
saya ingat.

Tulis balasan...
Syaharbanu Abd Wahab Dari tahun lepas
mereka guna novel ini....
Memalukan...
Guru2 yg mengajar sepatutnya membantah jgk...
Kenapa diamkan saja..
Memalukan...
Guru2 yg mengajar sepatutnya membantah jgk...
Kenapa diamkan saja..
Suka · Balasan · 2 · Semalam pada pukul 9.43 ptg
Rahman Shaari Sdr Syaharbanu ....
Kita belum buat tinjauan, jadi kita agak sajaklah : 1. mungkin guru dapat
menanggapi makna dalaman novel ni. Itu kemungkinan. 2. Guru belum baca. TAPI
Tak mungkin guru tak baca, sebab jika tak baca macam mana nak ajar? 3. Mungkin
guru kini mencapai tahap KBAT yang cemerlang, jadi mereka tahu kaedah
pengajaran untuk novel ini.
Ana Balqis Terima kasih Dato Rahman.
Itulah jawapannya.
Rahman Shaari Semoga controversy ni
dpt.membantu menaikkan Pengarang yg rajin dan berbakat besar
Ana Balqis Dato Rahman Shaari kawan saya tanya, dah
setahun guna dah berapa ramai pelajar yg jadi jahat sebab novel ni?
Rahman Shaari Jawapan untuk itu
ialah: PERLU KAJIAN. Mungkin novel ini membina sahsiah. Ertinya budak jahat
jadi insaf setelah membacanya. (Saya boleh jadi peguam tak?)
Ana Balqis Dato...haha. Sempat lagi
ambil kos undang-undang.
Rahman Shaari Kos undang2 hanya nak
cari istilah, macam kos sastera juga

Tulis balasan...
Wan Buanan Wan Hussain Saya pilih 1
& 2 Dato' dan Kak Ana Balqis
Ana Balqis Cikgu Wan, boleh kita
sorok anak dlm almari @ dlm rumah sebab taknak depa tahu hal lucah, pembunuhan,
rogol, rasuah dsb?
Bukankah lebih baik mereka tahu dan mereka faham (dgn bantuan kita @ guru) dgn itu mereka berhati-hati sebab mereka dah kenal dgnjuzud yg bernama lucah, rasuah dsb?
Selama mana kita boleh jaga anak kita? Berapa jam mereka ada dgn kita dlm sehari? Allahuakbar... susah sungguh berbicara dgn org hebat yg sayangkan anak ni...
Bukankah lebih baik mereka tahu dan mereka faham (dgn bantuan kita @ guru) dgn itu mereka berhati-hati sebab mereka dah kenal dgnjuzud yg bernama lucah, rasuah dsb?
Selama mana kita boleh jaga anak kita? Berapa jam mereka ada dgn kita dlm sehari? Allahuakbar... susah sungguh berbicara dgn org hebat yg sayangkan anak ni...

Tulis balasan...
Ariki Aizawa Pandangan sy, penulis
tak salah dalam hal ini kerana mereka menulis apa yang mereka mahu tulis.
Terlalu banyak novel yang lebih teruk dari novel ini dipasaran menjadi tatapan
anak remaja kita tanpa kita sedar. Pernah saya merampas beberapa buah novel
pelajar yang mahadasyat kelucahannya. Tapi adakah kita memainkan peranan?
Tidak!.. Ibubapa hanya membiarkan sahaja. Kerana budaya membaca ini tiada dalam
kamus hidup mereka. Jadi,jika novel lucah dibaca depan mereka pun mereka tidak
ambil tahu TETAPI apabila novel komsas ini menjadi viral, semua menghentam.
Semua mengutuk. Secara jujurnya, memang saya tidak bersetuju ada petikan
seperti itu dalam teks sekolah menengah tetapi kita tidak boleh menghentam
membuta tuli. Semborono menuduh tanpa usul. Biarkan pihak berwajib
menyelesaikan. (Nota kaki: semaklah koleksi novel anak² anda. Novel yg sy
rampas pun ada aksi lucah lebih dasyat dari teks komsas ini ya tuan puan.
Pemiliknya hanya berusia 13tahun)
Ana Balqis Dato Rahman Shaari ini salah satu bukti drp
seorang guru. Ayza Zai nak kata
apa ni?
Ana Balqis Terima kasih Cikgu Ariki Aizawa. Kakna pernah mengajar di sekolah
menengah dua puluh tahun dulu (tunggu keputusan utk sambung master) dan ini
jugalah yg kakna alami. Buku lucah dalam bahasa inggeris. Ooo...bahasa
inggeris, lupa. Baca buku inggeris, moden.
Kenapa itu tak diviralkan pulak?
Kenapa itu tak diviralkan pulak?
Suka · Balasan · 1 · 12 hrs · Telah disunting
Rahman Shaari Sdri Ana
Balqis....apabila dipetik satu bhg, yg sebenarnya bhg yg boleh mengundang
kontroversi, maka kontroveri jadinya. Cikgu Ariki ada pengalaman, ok la. Dunia
kontroversi ni dunia "lama" bagi saya. Dah lama kesukaan
memukul
cara ni. Novel Pantai Kasih jauh dari kawasan novel popular, jauh. Tapi kontroversi mendekatkannya. Saya setuju kalau org kata novel ni RUMIT. Novel ni untuk pelajar sederhana ke atas.
cara ni. Novel Pantai Kasih jauh dari kawasan novel popular, jauh. Tapi kontroversi mendekatkannya. Saya setuju kalau org kata novel ni RUMIT. Novel ni untuk pelajar sederhana ke atas.

Tulis balasan...
Muharsafa Kirana Bacho kontroversi
ini SANGAT BAGUS
bahawa SASTERA sangat DEKAT dengan masyarakat
karya ini sangat psikologis membongkar kebejatan sosial
dalam kuliah fiqah lebih erotik lagi
beberapa perenggan telah ditanggap sebagai setitis nila ke atas susu
faktanya jelas ada dalam sukatan biologi bukan pemerihalan batang tubuh manusia
forum yang baik dan sihat ini harus direbut para penggiat sastera
ini belum karya SN Shahnon lagi..
bahawa SASTERA sangat DEKAT dengan masyarakat
karya ini sangat psikologis membongkar kebejatan sosial
dalam kuliah fiqah lebih erotik lagi
beberapa perenggan telah ditanggap sebagai setitis nila ke atas susu
faktanya jelas ada dalam sukatan biologi bukan pemerihalan batang tubuh manusia
forum yang baik dan sihat ini harus direbut para penggiat sastera
ini belum karya SN Shahnon lagi..
Nizamiah Muhd Nor Ye ...karya SN
Shahnon lagilah...sy sempat baca Tivi..kalau salah tolong betulkan...
Amran Ibrahim Rashidi Ana Balqis Kak
Siti Aisah Murad kami bukan nak berpolemik. Bukan nak jadi hero. Bukan nak
terkenalpun. Saya cuma memberitahu apa yang sepatutnya khalayak tahu. Kalau hal
setengah halamanpun kita dah kalut ribut, mcm mana nak tangani masalah dunia.
Aduhai...inilah bangsa kita Kak Ti. Org dah ke bulan ke bintang. Teroka planet baru, kita masih duk ckp psl komsas. Konon takut anak jadi jahat.
Atau sebenarnya kesal karya sendiri @ laki @ bini @ sedara mara sepupu sepapat tak terpilih?
Sindiran ini sangat tidak sihat dan mungkin apa yang disindir itu jauh lebih baik daripada karya yang kita hasilkan sendiri. Inikah disifatkan ilmiah dalam perbincangan? Wallahualam....
Aduhai...inilah bangsa kita Kak Ti. Org dah ke bulan ke bintang. Teroka planet baru, kita masih duk ckp psl komsas. Konon takut anak jadi jahat.
Atau sebenarnya kesal karya sendiri @ laki @ bini @ sedara mara sepupu sepapat tak terpilih?
Sindiran ini sangat tidak sihat dan mungkin apa yang disindir itu jauh lebih baik daripada karya yang kita hasilkan sendiri. Inikah disifatkan ilmiah dalam perbincangan? Wallahualam....
Ramlee Wahab Amran, saya masih
terkenang antologi 'Di penjuru mata mu'. 'Pulanglah Perantau'. 'Hikayat
Inderaputera'...inilah lorong yg saya ikuti untuk berkarya hingga kini...
Suka · Balasan · 1 · 1 jam · Telah disunting
Amran Ibrahim Rashidi Yang murni
insyaAllah sedikit sebanyak mendidik kita ke arah yang murni akhirnya tak gitu
cikgu Ramlee Wahab? Macam
ungkapan kalau kita nak jadi baik berkawanlah dengan orang yang baik2....
Sumber Dari Facebook: ANABALQIS
Comments
Post a Comment