Semoga Damai Di Sana


Al-Fatihah
buat sahabat persekolahan SKBK 81/86
Almarhumah Norita Binti Nathanan yang telah kembali dijemput Ilahi, semoga
Allah menempatkan dikalangan mereka yang beriman dan muttaqin.
Jenazah
selamat dikebumikan sekitar jam 6.40 petang semalam..
Aamiin
Ya Rabb!
Mati Itu Tiba-Tiba
Tiba-tiba
mati, mati tiba-tiba
tidak
diundang,
tiada
siapa pun sudi mengundangnya
sudi
tidak sudi pun pasti mati
tidak
kira waktu dan hari,
di
mana, bagaimana.
Tiba-tiba
mati, mati tiba-tiba
tiba-tiba
mati pun mati
mati
tiba-tiba pun mati
semuanya
pasti mati
jangan
sesekali mahu menafi.
Ingat
yang korupsi mati
ingat
pak menteri pun mati
ingat
pemimpin oposisi pun mati
ingat
kepala gengster pun mati
semuanya
akan mati,
tiada
siapa yang terkecuali
Mati
pasti dan mesti jangan dinafi
jangan
pandai-pandai mahu jauhi
jangan
pandai-pandai mahu ketepi
jangan
pandai-pandai tidak mahu mati
mati
tetap mati
Ingat-ingat
hati
mati pun akan mati
hati
celik pun mati
hati
buta pun mati
hati
tidak buta pun mati
semuanya
akan mati
pasti
dan pasti
mana
mahu pergi?
Masshah 2013
Rabu-20/11/2013
Bilik buku
Meru.
Comments
Post a Comment