Sajak: Tak Nak Ikut Tak Mengapalah
Tak Nak Ikut Tak Mengapalah Tak nak ikut tak mengapalah usah kau mengeji usah kau dengki kami mahu merubah nasib kami bukan sesiapa tetapi kami sendiri sendiri kami punya impian sendiri kami punya pendirian hidup mesti kami teruskan. Tak mengapalah tak nak ikut kami tetap mahu berkongsi sedikit ilmu kami tahu kami sampaikan hidup mahu ceria bahagia sihat mesti hidup di dunia tak lama mana hari esok atau lusa atau hari ini mati itu takdir Ilahi pasti. Tak nak ikut tak mengapalah kami ingatkan diri dan sama mengingati jaga pribadi kesihatan diri penting sekali banyak penyakit berpakej lagi-lagi obesiti jaga pemakanan ikut aturan sunah nabi tak salah untuk menikmati ingatkan diri bila sihat minda segar ibadah diperbanyaki. Tak mengapalah tak nak ikut itu semua kami akan hadapi harungi tak semua yang menolak membenci kami masing-masing punyai kehidupan pribadi susah senang keluh kesah tahu-tahu sendiri bukan nak kata heb...