Menulis Dengan Jujur
Menulis
Dengan Jujur
Tulislah apa yang kau nak tulis, apa yang kau tahu, apa
yang kau fikir dan tulislah apa yang kau baca. Tulis dengan hati yang ikhlas,
bila ikhlas baru sedap dibaca.Orang suka, orang dapat ibrah apa yang kau
sampaikan.
Jangan cuba memandai-mandai dengan apa yang kau tidak tahu, jangan
cuba tokok tambah apa yang kau memang tidak tahu, nanti jadi fitnah, nanti kau
boleh kena saman.
Menulis biar ada fakta, bukti, bukan auta bukan main hemtam
keromo. Tulis mana yang kau tahu dan faham. Apa yang kau rasai dan lalui,boleh
kau nukilkan atau tuliskan dalam setiap karya yang kau mahu tuliskan.
Terserah
dan terpulang apa yang kau mahu sampaikan. Apa yang penting mestilah sesuatu
yang benar, soheh dan tidak menipu.
Jangan ciplak atau kau ‘copy paste’ milik
orang lain. Nanti tidak fasal-fasal kau kena saman…tulislah dengan jujur dari
hati nurani kau.
Masshah 17
Comments
Post a Comment