PKPB2 APA LAGI

 



PKPB2 APA LAGI

Negeriku, Selangor PkPB lagi, covid-19 belum lagi hilang.Semakin hari semakin meningkat angka. Gerun melihat angka-angka yang semakin bertambah.

Kementerian Kesihatan Malaysia kata ini gelombang ketiga.

Allahuakbar! 

Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan-Mu.

Seingat aku waktu Pkp yang pertama pada bulan Mac,April,Mei dan Jun, angka tidaklah sebanyak waktu ini.

Segalanya sudah ditentukan Ilahi, mahu tidak mahu PKPB  mesti dilaksanakan oleh pihak Kerajaan, biarpun hanya beberapa buah Negeri sahaja.

Demi untuk mengelakan covid-19 merebak semula dengan dahsyatnya. 

KITA JAGA KITA

Sepatutnya teruskan amalan norma baru.Usah degil dengan saranan KKM, MKN dan Kerajaan sendiri.Semua dilakukan untuk kebaikan semua. Segala SOP yang telah disarankan haruslah dipatuhi. 

Kita Jaga Kita,  Stay at home, ini bagi mengelakan covid-19 terus merebak.Kita tidak mahu dikalangan keluarga dijangkiti virus yang amat dahsyat ini.

Keluarga kita,biasakan dengan amalan norma baru ini.Membasuh tangan, penjarakkan fizikal satu meter(bila di luar) pelitup muka dan sebagainya.

Siapa jangka dan siapa sangka tahun 2020 merupakan tahun yang begitu mencabar sekali. 

Bagi penduduk Selangor ini adalah Pkpb yang kedua,dengan syarat yang sama seperti yang pertama dan mungkin lebih ketat lagi.

Apapun syukur masih boleh lagi menjalankan rutin harian dengan aman walaupun dengan amalan norma baru.

MASIH ADA REZEKI

Alhamdulillah! Pkpb kali ini,syarikat tempat aku bekerja beroperasi macam biasa. Sudah pastinya dengan kelulusan pihak berwajib.

Masih boleh mencari dan mendapatkan rezeki punca dari sini. Bila melihat dan mendengar ada kawan-kawan dari syarikat lain kena berhentikan kerja,ada yang kena buang, ada yang dihadkan waktu bekerja, waktu kerja lebihan masa ditiadakan amat menyedihkan sekali. 

Tak dapat bayangkan,jika situasi itu menimpa aku jika ditakdirkan. Jika hanya si suami yang bekerja,manakala isteri tidak...Allahuakbar! Pasti ada kesannya pada kehidupan seharian mereka.

Aku masih bersyukur, masih boleh pergi mencari rezeki dengan aman dalam musim pendermik(Pkpb). Apapun yang berlaku hidup kena diteruskan. 

Banyakkan berdoa,kerana itulah senjata orang mukmin yang paling ampuh.

Kita ada tempat bergantung harap sepenuhnya setelah berusaha dan bertawakal. Hanya  Dialah tempat  kita mengadu.

Berdoalah sama-sama, moga covid-19 ini segera sirna dari tanah air ini dan  seluruh dunia. Moga dunia aman damai  semula.

Aamiin Ya Rabb!

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi