Posts

Terima Hadiah Buku Dari Penulis

Image
Ribuan terima kasih kepada Nadir Buku, kerana menghadiahkan sebuah buku Kumpulan Puisi beliau kepada saya. Telah selamat sampai ke tangan saya semalam. Buku ini juga telah memenangi tempat saguhati dalam Sayembara Penulisan 2 ITBM-PENA-BH . Syabas dan Tahniah!

Ya Rabb...Sembuhkanlah Dia

Image
Ya Rabb...dengan Rahmat dan Kasih Sayang-Mu sembuhkanlah dia.. Kumpulan Puisi terbaharu beliau, yang telah memenangi hadiah saguhati dalam Sayembara Penulisan 2 ITBM-PENA BH

Sajak: Cukup-Cukuplah

Image
Cukup-Cukuplah Berjanjilah kau tiap kali prk kau anggap mereka tak berfikir taburlah berjuta juta ringgit kau anggap mereka fakir usahlah tunjuk baik kau hanya berlakon tektik dan janji kau mereka sudah baca tidak pernah berubah banyak helah biar kau cuba berkopiah dan berjubah mereka tidak hirau dan tidak kesah mereka sudah tahu sedia siapa yang mahu dipangkah cukup cukuplah sudah bermain sandiwara mereka lama meluat naik menyampah cukup cukuplah permainan murah mereka sedang amarah. Masshah 29042015 Meru.

Sajak: Cukup Bersyukur

Image
Cukup Bersyukur Biarkan mereka terus merapu persis orang tidak berilmu lebih mulianya si tukang sapu dapat sedikit syukurnya selalu Ringgitnya mereka selalu terlebih hidupnya mewah tidak resah lihat pula si pengutip sampah rezekinya cukup-cukup susah. Mereka kaya hidup bermewah ke mana sahaja makan meriah orang susah motong getah kais pagi makan pagi sering gundah. Hidup si bangsawan kaya raya petik sahaja apa mereka ada si marhean gelisah sering berduka esok lusa tak tentu nasib mereka. Benarlah yang ada cukup bersyukur tidak seperti negara luar tersungkur untung nasib macam macam sayur terpaksa ikut GST semua akur. Masshah 14042015 Meru.

Sajak: Sebuah Kitab

Image
Sebuah Kitab Selaklah dari satu muka ke satu muka kau akan dapati di dalamnya ada segala setelah itu kau baca ayat demi ayat penuh makna  sungguh ia bukan sembarangan buku peninggalan tetapi ia sebuah kitab yang penuh ibrah dan panduan Nah...bacalah sering selalu. Masshah 2015 30022015 Meru.

Baca Puisi Madrasah Seni

Image
Jemput hadir!

Sajak: Yang Pasti Mati

Image
Yang Pasti Mati Sebuah kematian pasti dari kecil, muda, tua...yakini tapi entah bila waktu pergi sungguh memang tak diketahui datangnya... tiada jadual tiada haribulan datang tiba-tiba tak tentu waktu mungkin sewaktu sakit mungkin sewaktu berkereta mungkin sewaktu berjalan mungkin sewaktu menulis ya...kemungkinannya begitu tetapi itu semua tidak tahu yang pastinya semua MATI. Masshah 2015 30032015 Meru.