Buku: Ideologi Sebuah Memoir Tulisan: Zin Mahmud Terbitan: Republik Buku Muka Surat: 121 Muka Surat Cetakan Pertama: Mac 2019 Membaca buku ini terasa indahnya,merasai dan menikmati kehidupan seorang yang berjiwa kental dan bersemangat dengan buku dan ilmu.Semuda umur 12 tahun sudah punyai pemikiran kiri(sosialisme) yang membentuk minda pemikirannya. Ya…benarlah kata-kata ini; “Kamu adalah apa yang kamu baca” Penulis seorang yang gigih mencari ilmu dengan membaca buku-buku yang diminati,terutamnya berkaitan dengan perjuangan sosialisme. Melalui buku-buku yang dibaca, penulis merakamkan dan mengongsi apa yang beliau dapati dari hasil pembacaanya. Biarpun, sosialisme ini terdiri daripada beberapa bentuk pemikiran, namun penulis mengakui bahawa beliau lebih memilih sosialisme yang berbentuk kedamain,aman dan bukan kekerasan. Apa yang aku dapati dari buku ini, sebahagian yang menurut pemahaman aku, penulis seorang yang rajin seawal u...