Sajak: Kisah Sang Isteri
Ini kisah tentang sang isteri
bukan selebriti tapi isteri menteri
suka menari, menyanyi itu hobi
hidupnya senang, suka hati hepi.
Sesekali pergi tanpa sang suami
sesekali lagaknya macam murni
pergi rasmi bangunan koperasi
bergaya diri trampil penuh aksi.
Banyak mata yang menyaksi
pada sang isteri kini
sesekali macam selebriti
rupa-rupanya hanya ‘first Lady’.
Sesekali bila dilihat bagai seksi
tapi bila dua kali lihat hee... ngeri
jangan cuba mahu ada hati
takut nanti mati penuh misteri.
Dikatanya juga sang isteri ini
suka joli sana joli sini, shoping sana sini
beli sana beli sini ke sana ke mari
katanya itu duit tabungannya sendiri.
Pada dirinya semua tak dikesah
dikatanya itu-itu semua fitnah
dari pembangkang yang amarah
bila melihat sang isteri tidak marah.
Gara-gara kisah sang isteri
negara dan negeri huru hara
mentang-mentang isteri penguasa
semua mahu dipunggah jadi harta .
Masshah 2013
Bilik buku
Meru.
Comments
Post a Comment