Aku kongsikan status muka bukuku di sini, tulisan yang aku nukilkan sebelum balik kerja pagi tadi. Gara-gara sebuah buku hasil tulisan seorang artis, dikecam habis oleh mereka yang tidak sependapat berkaitan dengan sesebuah buku. Masing-masing punya hak dan pandangan...aku pun ada hak juga...sudikan membaca pandanganku yang ringkas di bawah ini... Jangan Gaduh-Gaduh! Semua orang berhak membaca juga menulis selagi mana tidak melanggar mana- mana undang-undang. Bacalah dan tulislah apa pun buku, yang tebal, nipis, genre sastera, ilmiah, agama, dan pelbagai lagi, gunakanlah kebijaksanaan akal yang dianugerahkan sebaiknya. Tak kiralah seorang pekerja kilang, pekerja lori sampah, seorang guru, pensyarah, profesor, mufti, ustaz ustazah bahkan pelawak juga para artis. Masing-masing ada warna-warni kehidupan yang dilalui, mereka berhak menukilkan atau mendokumentasikan apa sahaja yang dirasakan boleh dikongsi untuk khalayak pembaca, selagi mana ia tidak meny...