Gembirakan Hati Muhammad Huzaifah

Amboi bukan main suka dan gembiranya dia, Abi ajak jalan-jalan pergi ke Setia City Mall, Setia Alam. Kami pergi berdua. Ummi tak ikut penat balik mengajar. Abi mahu belikan hadiah untuk Huzaifah. Bukan main suka lagi.

Distinasi biasa yang aku pergi, kedai buku MPH. Aku beri kebebasan untuk Huzaifah cari buku yang dia suka. Dia kata nak cari buku bomba. Besar nanti nak jadi bomba.Aku biarkan dia cari dan pilih.

Pilih jangan tak pilih...bomba punya fasal...

Tak jumpa lagi apa yang diingini...terus mencari.

Dah ada ditangan tu, satu tapi tak tahu buku apa. Nampaknya bukan buku bomba...

Terus cari dan cari...

Ummm...tak ada buku bomba, buku lain pun bolehlah. Yang penting happy dapat buku.

Akhirnya dapat 3 buah buku, biarpun bukan buku bomba tetap gembira dengan hadiah yang Abi belikan.
"Adik ada banyak buku kan Abi..."
"Yelah..."
Comments
Post a Comment