Ramadan Bulan Keberkatan

Ramadan Bulan Keberkatan
Indah
bercahaya sinaran Ramadan
Diselangi
cahaya gemerlapan bulan
Hadirnya
dirindui orang yang beriman
Bulan
dikabulkan doa dan keampunan.
Siangnya
berpuasa menguji keimanan
Malamnya
berterawih usah ditinggalkan
Banyakan
sedekah banyakan amalan
Hujungnya
moga terbina sifat ketaqwaan.
Bulan
Ramadan bulan penuh keberkatan
Pabila
berbuka puasa elakan pembaziran
Usah
dilupai mereka yang hidup kepapaan
Bantulah
mereka agar ada sinar harapan.
Bersegeralah
berbuka usah dilambatkan
Kelak
melewatkan boleh memudaratkan
Akan
dikasihi mereka yang menyegerakan
Telah
disabdakan Junjungan Nabi pilihan.
Elakan
fitnah memfitnah keji jua cercaan
Banyakkan
berzikir dan tadarus al-quran
Agar
setiap amalan akan lipat gandakan
Perbetulkan
niat ikhlas semata kerana Tuhan.
Masshah 2018
Meru.
Comments
Post a Comment