Posts

Hanya Iman Dan Taqwa

Image
“Hanya iman dan taqwa yang kita bawa, yang lain kita tinggalkan” masshah

Buku Puisi: Derita Rakyat

Image

Sajak: Derita Rakyat

Image
Derita Rakyat Rakyat itu adalah aku itulah aku rakyat itu derita rakyat derita aku derita aku derita rakyat itulah cerita aku derita rakyat deritanya rakyat deritanya. Terkesan terasa perit menempuh hari-hari sakit rakyat kais pagi makan pagi rakyat kais petang makan petang deritanya rakyat deritanya. Tekan menekan tindas menindas rakyat tertekan tertindas walang hatinya menangis tak pernah ada simpati kuasawan tak simpati tak pernah mengerti deritanya rakyat deritanya. Masshah 16012016 Meru.

Majalah Sastera Bulan Januari 2016M

Image
Alhamdulillah, kini mudah untuk mendapatkan majalah terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka. Majalah-majalah tersebut menjadi belian setiap bulan. Membaca karya-karya puisi di dalamya memberi semangat untuk aku terus menulis..., semoga majalah ini terus kekal sampai bila-bila.

Semoga Damai Di Sana

Image
Al-Fatihah buat sahabat persekolahan SKBK 81/86 Almarhumah Norita Binti Nathanan yang telah kembali dijemput Ilahi, semoga Allah menempatkan dikalangan mereka yang beriman dan muttaqin. Jenazah selamat dikebumikan sekitar jam 6.40 petang semalam.. Aamiin Ya Rabb! Mati Itu Tiba-Tiba Tiba-tiba mati, mati tiba-tiba tidak diundang, tiada siapa pun sudi mengundangnya sudi tidak sudi pun pasti mati tidak kira waktu dan hari, di mana, bagaimana. Tiba-tiba mati, mati tiba-tiba tiba-tiba mati pun mati mati tiba-tiba pun mati semuanya pasti mati jangan sesekali mahu menafi. Ingat yang korupsi mati ingat pak menteri pun mati ingat pemimpin oposisi pun mati ingat kepala gengster pun mati semuanya akan mati, tiada siapa yang terkecuali Mati pasti dan mesti jangan dinafi jangan pandai-pandai mahu jauhi jangan pandai-pandai mahu ketepi jangan pandai-pandai tidak mahu mati mati tetap mati Ingat-ingat hati mati pun a...

Sajak: Pas Oh Pas

Image
Pas Oh Pas Pas oh pas apasal pilihanraya tak pas-pas asyik melepas asyik terlepas apa! Tak ada yang kipas sekali imbas macam tak PAS buktikan jangan asyik nak melePAS orang periksa pun nak PAS orang nak keluar kilang ambil Gate PASSED orang ambil lesen kereta nak PASSED. Apasal nak melepas pastikan Kelantan PASSED pastikan Trengganu PASSED kalau tak PASSED rakyat tolak PAS ingat tu... sesiapa pun boleh PAS. Man Shah 2000 Meru

Penulis Sajak Hanya Mengungkapkan Suara Pribadinya?

Image
Google Image Aku sangat tertarik dengan satu status yang diutarakan sahabat Muka Buku, Saudara Qalam Bertinta. Ia mencetuskan polemik yang sangat bagus sekali. Di sini, aku 'Copy Paste' semula perbincangan tersebut seperti yang terkandung di Muka Buku beliau...Nah, sahabat pencinta sastera mungkin ada pandangan tersendiri... Qalam Bertinta 21 jam  ·  Kebanyakan sajak yang ada sekarang lebih mengungkap suara peribadi penulisnya sendiri dan memantulkan mood pada zaman di mana dia berada. Penulis sepertinya tidak lagi berminat mendedahkan segala kepincangan serta kejelekan hidup dalam masyarakat yang mana ia lebih merupakan wakil sesuatu kelompok manusia. Ada yang berminat untuk membuat kupasan? Silakan... Top of Form Suka Komen Kongsi Anda,  Yassinsalleh BT ,  Rima Re ,  Shariffah Khadijah  dan  33 yang lain  menyukainya. Komen MD Rashid  Assalam dan salam pagi kanda  Qalam Bertinta Terpanggil untuk m...