Posts

Apa Ada Dalam Bilik Buku?

Image
Apa punya soalan...mestilah buku takkan buah-buahan kan...ha...ha...ha...tak banyak mana pun jumlah buku dalam koleksi bilik buku. Tak kira lagi berapa jumlah buku semuanya setakat hari ini. Mungkin saiz bilik yang kecil tu yang nampak macam banyak buku. Alhamdulillah, impian nak ada perpustakaan pribadi dah ada. Seronok lihat buku-buku tersusun lebih-lebih lagi bila sudah dapat diselesaikan pembacaannya. Sebenarnya banyak lagi buku-buku yang belum sampai lagi gilirannya untuk dibaca, tapi pasti akan dibaca lambat atau cepat. Tungguuu! Ada buku motivasi, agama, sastera, novel, puisi, cerpen, travelog dan lain-lain. Seronok dan sangat menyeronokkan. Teman sunyi yang tak pernah menghampakan. Harta yang sangat bernilai untuk anak-anaku nanti. Mungkin mereka boleh buat rujukan selain untuk dibaca. Moga mereka menjadi generasi iqra. Kepada sahabat semua, moga terangsang untuk memiliki sebuah bilik buku. Kumpul buku lebih baik dari kumpul pi...

Menjadi Pembaca Yang Baik

Image
Untuk menjadi pembaca yang baik 3 perkara harus dipegang. 1. Baca buku dan bahan bacaan bermanfaat. 2. Faham dan hadamkan apa yang dibaca. 3. Amal dan manfaatkan ilmu dan tip yang telah dibaca. KAA (Khairul Adli Abdullah)

Taringnya Makin Tumpul

Image
Ucapanya masih berdegar Taringnya makin tumpul Meluat mahu orang dengar Urat otak banyak bersimpul. Masshah 20072016 Meru.

Hati Senang Dan Jiwa Tenang

Tip yang sangat bagus untuk diri sendiri dan teman-teman. *KUNCI UNTUK DAPAT HATI SENANG & JIWA TENANG* 1. TIDAK MEMBENCI Jangan benci seseorang walaupun dia buat salah padamu. 2. TIDAK MERUNGUT Jangan berkeluh kesah sebaliknya banyakkan doa. 3. BERSEDERHANA Hidup sederhana walaupun kamu ada kedudukan tinggi dan berharta. 4. BERSANGKA BAIK Sentiasa fikir positif walaupun sentiasa di timpa ujian. 5. SELALU  SENYUM Senyumlah walaupun hati terluka. 6. SELALU  MEMBERI Banyakkan beri sedekah walaupun kita terhalang melakukannya.. 7. DOA TANPA PENGETAHUAN MEREKA Jangan putus-putus mendoakan kebaikan untuk saudaramu tanpa pengetahuannya... 8. TIDAK BERDENGKI & IRI HATI Jangan berdengki dengan kejayaan teman-teman anda, berdoalah semoga anda jua berjaya sepertinya...jika anda dengki dengan mengaibkan dia..ingtlah  segala amal baik anda pasti hangus..Kerana Allah tak terima amal Kebajikan orang yang Berhasad dengki.. 9. MUDAH MEMAAFKAN Janga...

Bila Sunyi

Image
"Sunyi itu indah bersama buku"

Tip Penulisan Dr.Noor Hayati Yasmin

Image
Semua penulis pasti pernah mengalami keadaan tersebut. Tulis-tulis tak menjadi, padam balik, tulis lagi padam balik. Satu tip penulisan yang sangat menarik dari seorang penulis buku, Dr. Noor Hayati Yasmin ini sangat bagus untuk aku kongsikan di blog ini. Agar sama-sama dapat manfaat darinya. Simpan tulisan *************** Pernah tak... tulis... kemudian kita delete. Tulis... delete... tulis... delete.... Sampai sudah skrin kosong juga. Apa yang saya buat, tulis dan simpan. Mungkin tulisan ini tak sesuai untuk buku yang sedang dihasilkan. Tapi mana tahu tulisan ini sesuai untuk buku akan datang. Yang penting, simpan saja tulisan itu. Tulis. Simpan. Sekian saja untuk tips menulis kali ini. šŸ˜„ #inspirasipenulis Dari facebook Dr.Noor Hayati Yasmin.

Jangan Jemu

Image