Posts

Tulis Yang Baik-Baik

Image
Tulisan tetap akan menjadi tulisan.Jika yang ditulis itu kebaikan beruntunglah penulisnya, andai sebaliknya padahlah akibatnya. Maka tulislah yang baik-baik untuk diambil ibrah kepada pembaca. Beruntunglah menjadi penulis andai tulisannya memberi berjuta manfaat buat seluruh umat.Tulislah kerana Allah, Allah pasti menilai segala penulisanmu itu. 

Segalanya Ketentuan Ilahi

Image
Hari ini, saat ini, atau esokah, aku tidak tahu akan nasibku.Apakah aku bisa lagi menukilkan bait-bait puisiku atau coretan-coretan bisikan hatiku lagi...ku serahkan segalanya pada ketentuan Ilahi.  Itu bukan kerja aku, aku hanya melaksanakan apa yang terbaik buatku. Untuk bekalan ke sana nanti. Andai ini coretan terakhir buatku, maafkanlah aku...kerana sumbanganku sekecil hama, tidak nampak.  Namun kebaikan sekecil mana sekalipun ia tetap ada nilai disisi-Nya. Kebaikan, bahkan keburukan sekecil pun pasti dinilai dan ada balasannya. Aku...terus berharap meminta dan memohon pada-Nya. Aamiin Ya Rabb!!!

Januari Pergi Fabuari Datang

Image
Pantasnya masa berlalu, Januari meninggalkan tempatnya, kini febuari mengambil tempat untuk memberi ruang kepada insan terus melalui hari-harinya. Segala yang lepas sudah berlalu, ia takkan terulang lagi.  Hanya boleh diperbaiki yang terkurang, dipertingkatkan dan terus istiqamah. Hari ini, bulan baru, berjanji dan berikrar pada diri sendiri agar kehidupan terus diberkati dan diredhai Ilahi.  Segenap penjuru perjalana hidup ini, moga terus dipandu dan disuluhi oleh cahaya kebenaran sehingga nafas terakhir. Susah senang, tenang bahagia mengharap pada Ilahi. Ia sumber kekuatan dalam kehidupan tanpanya hidup pasti terumbang-ambing, kerana insan sangat lemah perlukan kekuatan dan kebergantungan Sang Pencipta. Akulah itu, insan yang lemah... "YA Rabb! Ampunilah dosa-dosaku, pimpin dan bimbinglah aku dalam cahaya kebenaran-Mu. Hanya Kau tempat bergantungku...tiada daya dan upayaku hanya dengan bantuan dan pertolongan-Mu..." Aamiin Ya Rabb!!!

Gerhana Hati

Image
Gerhana Hati Biarlah bulan sesekali gerhana usah hati kita gerhana sepanjang masa nanti hilang tenang dan bahagia. Hati walang gunda gulana.Siang petang malam berduka lara.Gerhana cinta luka jadinya.

Sajak: Dingin Tapi Hangat

Image
Dingin Tapi Hangat Berpakaian tradisional hanbok memori indah bersama kekasih Gyeongbok Palace menjadi saksi pelbagai aksi merakam memori bagai putera dan puteri bertemu sekian lama tidak ketemu akhirnya di sini berdua bersemi cinta nan terpatri lihatlah...bersaksilah...dingin namun hangat bersemarak kasih ini. Masshah18.

Tiap Hari Kena Tulis

Image
Bagaimana aku mahu mulakan semangat ini. Sekejap ok sekejap tidak, turun naik macam bursa saham, jika nak disamakan, pun tidak juga. Aku bukanlah seorang penulis yang benar-benar fokus menulis. Menulis di blog pun sekadar coretan-coretan kecil. Entah dibaca orang atau tidak, aku pun tidak tahu. Tapi aku masih sayang dengan medium tersebut. Walaupun kadang-kadang semangat itu tinggi, kadang-kadang merudum. Masa ini, rasa bersemangat lagi. Entah bila aku boleh terus fokus dan bersemangat untuk menulis. Konon untuk menulis memoir diri sendiri pun masih terkial-kial,masih suam-suam.Menulis puisi pun entah apa-apa, tapi bila ilham datang untuk puisi, aku terus tulis, tanpa dieram lama aku terus terbit di blog. Malas aku nak simpan lama-lama, tulis dan terus terbit. Dibaca atau tidak terpulang.Begitu pun, aku tetap ada salinan untuk puisi-puisi tersebut, aku kumpulkan di fail untuk rujukan dan semakan diri sendiri. Bila tulis suka-suka hasilnya pun hanya suka-suk...

Fokus Menulis Dengan Menulis

Image
Kehilangan fokus ketika menulis?   Aku tanyakan perkara ini dengan seorang penulis novel, juga seorang editor dan beliau pernah bertugas di Ana Muslim. Aku bertanyakan soalan tersebut melalui mesej 'WhatsApp'. Jawapan beliau cukup ringkas dan tepat. Itu tip fokus menulis menurut beliau... [18:15, 1/28/2018] +60 13-379 8684: Aslkm kak...bgi tips nak fokus menulisπŸ˜‰...sifuuu...hu3.... [18:40, 1/28/2018] Kak Saodahlasim: Tiap2 hari tulis πŸ˜ƒ [18:40, 1/28/2018] +60 13-379 8684: Lagi [18:41, 1/28/2018] Kak Saodahlasim: Memang ituje.menulis πŸ˜… [18:42, 1/28/2018] Kak Saodahlasim: Selagi tak habis novel ke apa ke, tulis [18:42, 1/28/2018] Kak Saodahlasim: πŸ‘πŸΌ [18:43, 1/28/2018] +60 13-379 8684: Tq kak πŸ˜„ [20:57, 1/28/2018] Kak Saodahlasim: Kena tulis jugak