Sajak: Teruknya Aku 2

Teruknya Aku 2 Sempat lagi aku mahu bicara dengan kamu semua apa khabar kamu hari, derita mu sering datang pada ku syukur, aku sudah mula berdoa untuk kamu semua setiap lima kali waktu, ku sebut saudaraku di mana-mana ditindas, diterajang, dibunuhā¦ahhā¦hari-hari kematian tidak tentu waktunya, ada sahaja yang terkorban Aku di sini, bisa lagi bersenda gurau, membaca buku bersiar-siar bersama famili hingga lupakan kau semua menulis apa sahaja yang terbuku di hatiku, teruknya aku setiap detik ada sahaja dentuman, letusan, letupan bom siang malam mu sama sahaja, entah bila masa lena mu anak-anak kecil mu meronta tangisā¦ahh betapa peritnya Namun tebalnya keimanan mu, teguh setia pada Ilahi hanya Tuhan tempat kau mengadu, merintih sayu sepi betapa kau kuatnya, dibawah runtuhan batu-batu pejal jadikan tempat mu beradu dan mengadu pada-NYA setiap hari begitulah, biar apa terjadi sudah dijanji Ilahi Ya Rabbā¦ Tuhanku selamatkanlah saudara-saudarak...